Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Gara2 Seekor Lipas, Pelajar Sanggup Bagi Upah Jika Dapat Tangkapnya!

Ain Mahthir by Ain Mahthir
11 months ago
in Haiwan, Lawak
Reading Time: 1min read
0
seekor lipas main 2
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau sudah geli dengan sesuatu itu sememangnya sanggup buat apa sahaja untuk menghindarinya. Inilah yang berlaku pada seorang pelajar yang cukup geli dengan serangga dalam ‘keluarga’ lipas ini.

Dikatakan pelajar bernama Bhargav Chavda secara tidak segaja terlihat seekor lipas di dapur rumahnya ketika mahu mengambil makanan. Pelajar yang terlalu panik dengan kehadiran lipas yang dikatakan bersaiz agak luarbiasa besar itu meminta pertolongan.

Menurut pelajar ini, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu jam 10 malam selepas mengharungi hari yang cukup sibuk.

Pada waktu itu pelajar berusia 24 tahun itu terus menuju ke dapur untuk mendapatkan makannya. Kemunculan seekor lipas dengan saiz yang agak luarbiasa besar itu di rumahnya di Brisbane Australia membuatkan dirinya panik.

Foto sekadar hiasan/ Sumber pikrepo
Foto sekadar hiasan/ Sumber pikrepo

Tindakan seterusnya pelajar ini agak pelik apabila dia terus menampal iklan untuk bantunya membunuh serangga tersebut. Iklan yang ditulisnya berbunyi seperti berikut:

“Mahu lipas ini mati segera, ASAP” dan dia turut menulis alamat rumahnya. Selain itu dia turut menyatakan upah sebanyak $20 untuk tugasan itu dan meminta sesiapa berminat untuk membawa peralatan sesuai bagi menangkap dan membunuh lipas itu. Malah dia turut menyatakan yang dia sangat lapar kerana serangga tersebut berada di bahagian dapurnya.

Foto sekadar hiasan/ Sumber pikrepo
Foto sekadar hiasan/ Sumber pikrepo

Iklan ini menerima reaksi dari orang ramai, namun tiada yang mahu menolongnya. Malah mentertawakan iklan pelajar tersebut.

Mungkin buat anda yang takut dan geli akan serangga ini faham akan perasaan pelajar tersebut.

Sumber: Mirror

Trending

Abby Abadi
Hiburan

Memey Suhaiza kongsi foto2, penampilan Abby Abadi curi tumpuan ramai

22 hours ago
Kwang Soo ditampar Ji Hyo main
Hiburan

Kwang Soo ditampar Ji Hyo, boleh dia balas balik – “Weyh sumpah lawak”

3 days ago
Harimau diusap perutnya main
Haiwan

Video Harimau Diusap Perutnya Curi Perhatian, Dah Macam Kucing!

2 days ago
jatuh eskalator
Lawak

Adegan jatuh eskalator bikin berdekah, “Aku lempang juga pengarahnya…”

5 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network