Hari ini menjadi hari yang mendebarkan buat seluruh pelajar yang menduduki SPM sebelum ini kerana mula mengetahui keputusan mereka.
Antara yang menjadi perhatian juga, anak kepada pelakon popular Azhar Sulaiman dimana anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona turut menerima keputusan yang diperolehnya menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perkara berkenaan turut dikongsikan anak selebriti ini menerusi laman Instagram dan Kasih Iris Leona dilihat berpuas hati dengan keputusannya itu.
Menerusi kejayaan yang diperolehinya, Kasih Iris Leona dalam peperiksaan SPM mendapat keputusan 7A, 1B+.
“7As 1B+, I think I did okay,” tulisnya disamping berkongsikan sekeping foto memegang slip keputusan miliknya dan perkongsiannya itu meraih ratusan komen selain postingnya mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada ramai.
Malah, selebriti terkenal turut mengucapkan tahniah dan rata-rata turut gembira dengan anak selebriti ini yang memperoleh keputusan cemerlang.
“Amazinggg congratulations, so proud”
Sementara itu, netizen turut meninggalkan komen memuji kecantikan anak selebriti ini yang juga pandai dalam pelajaran.
“Awhh!!! Beauty with brain…”
“Congrats dear… so pretty and yet so clever”
Terdahulu, anak kepada pelakon yang sering mewarnai kaca televisyen ini mendapat perhatian ramai dimedia sosial apabila kecantikan anak bongsunya menerima pujian ramai.
Apapun, kami juga ingin ucapkan tahniah buat semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.
Sumber: Instagram Kasih Iris Leona