Wabak Covid19 telah memaksa penduduk seluruh dunia untuk mengasingkan diri dari dunia luar dan menjarakkan diri dari orang lain.

Akibatnya kehidupan romantik pasangan-pasangan istimewa di luar sana serta pencarian cinta bagi mereka yang belum berpunya terpaksa ditangguhkan buat seketika.
Walau bagaimanapun seorang lelaki dari New York ini sempat memikat wanita yang dilihatnya dari jauh apabila dia menemui cara kreatif untuk mengenalkan dirinya.
Jeremy Cohen membuat video TikTok di mana dia mengajak seorang gadis untuk bertemujanji dengan menggunakan mesin dron, seterusnya berkongsi videonya itu di Twitter dengan kapsyen, “Saya tidak percaya cara ini berkesan dan ya, ini adalah kisah benar.”
Dalam video tersebut, Jeremy menceritakan bagaimana dia ternampak seorang gadis sedang menari di atas bumbung dari balkoni rumahnya.
I be chillin takin flicks pic.twitter.com/EhPdhWLLBK
— Jeremy Cohen (@jerm_cohen) March 20, 2020
Dia kemudian melambai ke arah perempuan itu dan lambaiannya dibalas, membuatkan dia teringin untuk mencuba mengajak wanita itu keluar.
Dia akhirnya memutuskan untuk menggunakan dronnya bagi memperkenalkan dirinya kepada wanita itu. Dia menulis nombor telefon pada sekeping kertas dan melekatkan kertas itu pada dron sebelum membawa dron itu kepada wanita berkenaan.
I can’t believe this actually worked and yes this is a real story pic.twitter.com/X5KbBl0qIe
— Jeremy Cohen (@jerm_cohen) March 22, 2020
Jeremy teruja apabila melihat wanita tersebut mengambil dron itu, sebelum menghantar mesej pada nombor yang diberikan.
Rata-rata netizen cair melihat adegan itu dan ramai seolah-olah tidak percaya kisah cinta seperti dalam filem romcom itu benar-benar berlaku.
Jeremy juga memaklumkan bahawa mereka telah merancang satu sesi temujanji secara virtual dan dia akan merakam momen itu di TikTok.
Sumber: Twitter