Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Jepun Setuju Untuk Tangguhkan Olimpik Tokyo Ke 2021

Nabilah by Nabilah
10 months ago
in Kesihatan, Sukan
Reading Time: 1min read
0
olimpik tokyo
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah salah satu acara sukan yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini. Malangnya pandemik global yang sedang berleluasa ketika ini telah mengganggu persediaan untuk temasya sukan itu.

Sebelum ini Jepun berkeras untuk meneruskan Olimpik Tokyo dan langsung tidak ingin untuk mempertimbangkan penangguhan acara berprestij itu, walaupun ahli jawatankuasa Olimpik Perancis berkata acara itu akan perlu dibatalkan jika isu Covid19 masih tidak reda pada Mei.

Print
Editor's Pick
Yes Hadir Dengan Plan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM30 Sebulan
Open New Tab

Malah, ahli jawatankuasa antarabangsa Olimpik (I.O.C.) juga menyarankan agar para atlet terus melakukan persiapan. Walau bagaimanapun banyak liga sukan yang terpaksa menangguhkan latihan mereka akibat perintah kuarantin.

Berikutan itu, selepas perbincangan yang panjang serta desakan dari ahli jawatankuasa serta para atlet, I.O.C. dan Jepun akhirnya bersetuju untuk menangguhkan acara sukan itu yang sepatutnya berlangsung pada lewat Julai tahun ini kepada musim panas tahun depan.

To safeguard the health of the athletes and everyone involved in the Tokyo 2020 Games.

The Tokyo 2020 Olympic and Paralympic Games will now take place no later than summer 2021.

— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) March 24, 2020

Keputusan itu juga terpaksa dibuat setelah Canada dan Australia menarik diri dari acara itu, diikuti oleh Amerika Syarikat.

Perubahan tersebut dianggarkan akan menimbulkan kekacauan dalam jadual sukan dunia, namun ia memberikan kelegaan kepada semua yang terlibat. Ramai atlet turut meluahkan penghargaan mereka terhadap keputusan tersebut di media sosial.

All in all a very wise decision to postpone the Olympics until 2021. I look forward to come back to Japan to defend my Olympic title next year and look forward to witness a wonderful event. I wish everybody good health in these challenging times. pic.twitter.com/jrhsFEe545

— Eliud Kipchoge – EGH🇰🇪 (@EliudKipchoge) March 24, 2020

See you in 2021 !
🤷🏻‍♂️🥇💥🇯🇵 #olympics #greatmemories #goldmedal #seeyou #2021 #stayhome #staysafe pic.twitter.com/WV4cM1nSBt

— Stanislas Wawrinka (@stanwawrinka) March 24, 2020

FINALLY The OLYMPICS OFFICIALLY postponed for a year!! No box of Wheaties for me today. #breakfastofchampions pic.twitter.com/BAtlDUliQE

— Lolo Jones (@lolojones) March 24, 2020

Thank you to the IOC for making this tough but necessary decision.
🙏🏼 @Olympics pic.twitter.com/MQe95mR9WZ

— Pau Gasol (@paugasol) March 24, 2020

Ini merupakan kali keempat dalam sejarah di mana sukan Olimpik terpaksa dibatalkan. Olimpik Berlin 1916 dibatalkan kerana perang dunia pertama manakala Olimpik Helsinki 1940 dan Olimpik London 1944 dibatalkan kerana perang dunia kedua.

Sumber: New York Times, Twitter

Trending

page
Lawak

Individu diajak naik pentas terus buat konsert, “Tercalar maruah…”

3 days ago
page
Haiwan

Video orang ramai berhenti tengok perlawanan cerpelai dengan ular sawa curi perhatian

3 days ago
perlawanan bola sepak
Kehidupan

Lelaki ulaskan perlawanan bola sepak untuk rakannya yang buta buat ramai cair

3 days ago
f658
Umum

Gelagat kucing lepak tepi lebuh raya curi tumpuan, “Mama dah panggil…”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network