Walaupun maklumat yang sahih kini mudah untuk didapatkan dengan kemudahan internet, namun masih ada segelintir ibu bapa yang mudah terpengaruh dengan berita-berita yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp.
Seperti baru-baru ini, seorang wanita telah menimbulkan histeria di Twitter apabila dia memberi tahu orang ramai bahawa ibunya meletakkan bawang di tepi setiap pintu bilik bagi mengelak dari jangkitan coronavirus.

My mum has put an onion in the corner of every room in the house because whatsapp advised her to. This is the peak of the whatsapp mother’s cult. I am unable to can lmao pic.twitter.com/KF894u0aHt
— ayylmao (@temmyoseni73) March 23, 2020
Temmy Oseni dari Ireland berkongsikan ke media sosial situasi di rumahnya untuk mendedahkan cara pelik ibunya untuk melawan penyakit itu.
Dengan memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan bawang-bawang besar yang diletakkan di sekeliling rumahnya, Temmy berkata ibu melakukan perkara itu selepas mendapat nasihat daripada group whatsapp.
Looooooool I think our mums are in the same group chat coz my dad thought she had lost it yesterday morning 😭 pic.twitter.com/wsgWkKeyQx
— real g. (@ZiOnlySamba) March 24, 2020
Rata-rata pengguna media sosial lain geleng kepala dengan kepercayaan tidak berasas itu dan mengaku bahawa ibu-ibu mereka juga mudah percaya dengan segala yang dikongsikan di whatsapp.
Walaupun ramai yang serta merta menangkis mitos bahawa bawang boleh melawan virus Covid19, ada juga yang percaya dengan dakwaan tersebut.
“Ia mengumpulkan bakteria dan bertukar hitam…”
The reason why, is because onions collect bacteria.. Any bacteria and holds it in then it turns black
— Mixed-ish..Zee💞 (@rsndaa5) March 24, 2020
Menurut segelintir netizen, bawang berupaya untuk menyedut toksin dari udara dan badan menyebabkan ia bertukar hitam.
Namun kenyataannya bawang menjadi hitam apabila diletakkan d luar kerana proses oksidasi dan ramai pakar kesihatan yang telah menjelaskan bahawa bawang tidak boleh menyedut bakteria walaupun ia mempunyai ciri-ciri anti-bakteria.
Sebaliknya satu-satunya cara untuk mendapatkan khasiat bawang adalah dengan memakannya secara mentah dan bukan diletakkan di tepi pintu bilik.
Sumber: Twitter