Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Penghantar Makanan Solat Di Luar Pagar Surau Sentuh Hati Ramai

Ain Mahthir by Ain Mahthir
10 months ago
in Kehidupan
Reading Time: 1min read
0
Rider solat tepi pagar main
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Di saat keseluruhan rakyat Malaysia diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan, barisan hadapan seperti pegawai perubatan, doktor, jururawat, askar dan polis masih teguh berdiri bertugas. Selain dari itu, mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan juga turut meneruskan tugas demi kelangsungan hidup.

Baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan sedang mendirikan solat di depan pintu pagar surau meraih perhatian ramai. Rakaman berdurasi kira-kira satu minit lebih itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian FoodPanda sedang solat dengan motosikal berada di sebelahnya.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook:

Video ini telah meraih hampir 500 ribu tontonan dengan lebih 27 ribu shares. Difahamkan individu dalam rakaman ini bersolat di situ kerana ke semua surau dan masjid ditutup. Tiada pilihan lain, individu ini terus mendirikan solat di situ.

Ketika sibuk mencari rezeki dengan menghantar makanan, lelaki ini tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim biarpun dalam apa juga situasi.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Perkongsian video penghantar makanan solat ini juga telah membuatkan ramai tersentuh hati. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Semoga Allah melindungi para rider2 yang bertungkus lumus menghantar makanan2 kepada pelanggan”

Rider solat tepi pagar 1

“Kesiannya… Ya Allah kami mohon semoga Covid 19 berakhir dan Kau rahmatilah adik ini..”

Rider solat tepi pagar 2

“Sebak hati..bro wa memang salute lu”

Rider solat tepi pagar 3

Sumber: Facebook Mohammed Sunaini Yusop

Trending

jatuh eskalator
Lawak

Adegan jatuh eskalator bikin berdekah, “Aku lempang juga pengarahnya…”

5 days ago
Kwang Soo ditampar Ji Hyo main
Hiburan

Kwang Soo ditampar Ji Hyo, boleh dia balas balik – “Weyh sumpah lawak”

2 days ago
f676
Haiwan

Aksi oyen tampar anjing laut cetus perhatian, “Kan dah kena lempang…”

4 days ago
Abby Abadi
Hiburan

Memey Suhaiza kongsi foto2, penampilan Abby Abadi curi tumpuan ramai

20 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network