Ada sahaja gelagat lucu daripada selebriti terkenal, Aeril Zafrel menerusi laman Instagram miliknya yang membuatkan rata-rata merasa terhibur dengan rakaman video pendek yang dilakukan olehnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Buat yang mengikuti perkembangan selebriti ini dilaman sosial peribadi miliknya, pasti mengetahui bahawa Aeril Zafrel bukan hanya berbakat sebagai pelakon dan sangat hebat dalam bidang perniagaan namun rupanya ramai kini tahu bahawa dia juga boleh menjadi seorang pelawak.

Manakan tidak, sejak akhir-akhir ini bukan hanya netizen boleh terhibur dengan kapsyen lucunya namun video pendek dihasilkan olehnya juga bukan biasa-biasa, boleh buat netizen gelak besar.
Terbaru, Aeril Zafrel menghasilkan video trend terkini yang marah dalam loghat negeri masing-masing dimana trend itu juga kini mulai tular dan itu merupakan cara mereka memarahi pasangan yang tidak mendengar kata dan terus menganggu mereka.
Aeril Zafrel buat video trend marah
Pun begitu, video Aeril Zafrel kali ini tidak melakukannya bersama anak perempuannya seperti yang sering dibuat namun kelihatan dia merakam dirinya sendiri.
Lucunya lagi, dia merakam video berkenaan itu dengan menggunakan kaki yang dapat diperhatikan gelagat lucunya menerusi cermin dibelakang.
Ternyata videonya yang tidak dimarahi isteri, Wawa Zainal namun kapsyen lucunya itu sekali lagi membuatkan ramai terhibur.
Wawa ni. Orang nak tido pun tak tenang… hmmm entahla…” ujarnya.
Bahkan, dia turut menerima lebih 10 ribu komen dalam masa yang sekejap malah rakan-rakan selebriti dan isterinya turut meninggalkan komen di perkongsian selebriti ini.
Reaksi isteri dan rakan selebriti bikin terhibur
Reaksi ramai
Sumber: Instagram Aeril Zafrel