Sejak kebelakangan ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kontroversi melibatkan selebriti sehingga mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang ramai.
Walau bagaimanapun, netizen tertarik dengan pasangan selebriti ini yang tidak terpalit dengan kontroversi malah membuatkan netizen memuji pelakon terkenal, Elly Mazlein yang meluangkan masa bersama suaminya yang dikenali sebagai Mohamad Azlan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Umum diketahui peminat juga, pelakon Kampung People ini turut mempunyai channel YouTube miliknya sendiri yang diberi nama Dunia Elly Mazlein. Bahkan, menerusi YouTube pengacara terkenal ini juga telah memiliki 149 ribu subscribers.
Nampaknya, ramai sangat suka mengikuti perkembangan Elly Mazlein apatah lagi melalui laman Instagram juga dia turut memiliki 1.3 juta followers.
Walau bagaimanapun, melalui video terbaru yang turut dikongsikan kepada pengikut di Instagram mencuri tumpuan ramai apabila dia bersama suami sedang menikmati hidangan enak bersama dan membuat Mukbang.
Kelihatan pasangan ini menikmati hidangan ketam yang dibuat Elly Mazlein sendiri dan gelagat sweet Elly Mazlein bersama suami itu turut meraih ribuan tontonan.
Bahkan dilaman YouTube juga rata-rata meninggalkan reaksi positif dan terhibur dengan Elly Mazlein selain video pasangan ini juga telah meraih ribuan tontonan.
Dalam pada itu, diruangan komen menerusi laman Instagram peribadinya ternyata rata-rata peminat dan pengikut meninggalkan pelbagai maklum positif.
Reaksi ramai
Sumber: Instagram Elly Mazlein, YouTube