Kita semua tahu penunggang penghantar makanan atau rider bekerja keras untuk menghantar pesanan pelanggan bagi menjana pendapatan sampingan.
Kadang kala individu ini lupa untuk memikirkan diri sendiri kerana lebih mementingkan pelanggan. Jadi tidak hairanlah ada pelanggan yang cukup prihatin dan baik hati untuk belanja makan rider yang sedang bertugas.
Biasanya ketika membuat pesanan, pelanggan boleh meninggalkan nota kepada rider untuk memberikan arahan atau panduan penghantaran. Itulah yang dilakukan oleh seorang pelanggan wanita ketika memesan makanan melalui aplikasi Grab Food.
jgnhjgjjggjjdhfhffhf pic.twitter.com/hXNcEdujmt
— Afiq Adeeb (@afiqadeeb) May 11, 2020
Dalam foto yang dikongsikan oleh seorang rider, pelanggannya bernama Carol Wong itu meninggalkan nota supaya rider tidak perlu menghantar pesanan ke alamat rumahnya.
Menyangka pelanggan tersebut ingin belanjanya makan, penunggang penghantar makanan bernama Afiq Adeeb itu mengucapkan terima kasih dan murah rezeki kepada pelanggan berkenaan.
Namun kegembiraannya tidak kekal apabila pelanggan tersebut memohon maaf dan meminta agar rider terbabit menghantar minuman yang dipesan ke rumahnya. Ini kerana nota tersebut sebenarnya ditulis untuk pesanan yang dibuatnya terdahulu.
Malu dengan situasi itu, Adeeb hanya mampu ketawa dan akur dengan permintaan pelanggannya itu.
Perkongsian rider tersebut membuat ramai yang kasihan dengannya, namun dia berkata dia tetap mendapat tip ekstra dari pelanggan tersebut dan menghargai kemurahan hatinya.
Tambahan pula, dia tetap dibelanja makan selepas kisahnya itu mendapat perhatian Grab MY.
hahaha thank you semua orang!! pic.twitter.com/4qgSPN3QHA
— Afiq Adeeb (@afiqadeeb) May 12, 2020
“Kalau aku malu do nak hantar…”
“Terlupa nak edit kat note…”
Pelanggan Minta Pekerja McD Selitkan Pai Epal Percuma Dalam Pesanan, Ini Balas Netizen
Pertama Kali Makan Di Subway, Pesanan Gadis Ini Buat Ramai Bingung
Sumber: Twitter