Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Neelofa bakal kembali dalam Meletop, bergandingan dengan Nabil lagi!

Siti Zulk by Siti Zulk
8 months ago
in Hiburan
Reading Time: 2min read
0
nabil
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa menyangka, peminat setia rancangan Meletop dapat menyaksikan lagi gandingan Neelofa dan Nabil Ahmad dalam rancangan berkenaan setelah pada awal tahun ini, dia sudah mula tidak bertugas sebagai pengacara tetap lagi.

Meskipun perkara berkenaan mengundang sebak ramai, namun keputusan usahawan dan selebriti terkenal berkenaan difahami peminat.

Print
Editor's Pick
Yes Hadir Dengan Plan Tanpa Had Pada Harga Serendah RM30 Sebulan
Open New Tab

neelofa

Walau bagaimanapun, menerusi sumber dilaporkan bahawa sempena sambutan Syawal kali ini cukup istimewa apabila dikatakan Neelofa bakal kembali mengacara rancangan Meletop disamping pengacara tetap itu.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal. Melalui Media Hiburan, kemunculan Neelofa untuk memeriahkan sambutan malam raya sahaja selain turut memenuhi permintaan peminat yang rindu akan selebriti itu di Meletop.

75210501_104953890926660_5092151462964401736_n

“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program Meletop malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan.

“Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal, Nabil, istimewa untuk malam itu nanti.”

Nabil Ahmad juga dilihat senang dengan perkara berkenaan dan menyambut baik kerana jika ada ‘bunga’ disisi akan merasa meriah.

Neelofa dengan Nabil Meletop

Katanya juga, idea berkenaan timbul apabila mereka membuat ‘live’ sebelum bersiaran secara langsung.

“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah Meletop raya. Terima kasih Astro.”

Sumber: Media Hiburan

Trending

page
Lawak

Individu diajak naik pentas terus buat konsert, “Tercalar maruah…”

3 days ago
page
Haiwan

Video orang ramai berhenti tengok perlawanan cerpelai dengan ular sawa curi perhatian

3 days ago
perlawanan bola sepak
Kehidupan

Lelaki ulaskan perlawanan bola sepak untuk rakannya yang buta buat ramai cair

3 days ago
f658
Umum

Gelagat kucing lepak tepi lebuh raya curi tumpuan, “Mama dah panggil…”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network