Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Jepun Buka Semula Taman Tema, Pengunjung Dilarang Menjerit

Nabilah by Nabilah
11 months ago
in WOW
Reading Time: 1min read
0
http___cdn.cnn-tile
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pengumuman pembukaan semula taman tema di Jepun, ramai yang tidak sabar untuk kembali mencari hiburan dan bersuka ria bersama rakan-rakan dan keluarga setelah sekian lama mengurung diri di rumah.

Jika taman tema adalah tempat untuk aderanaline junkie dan thrill seekers merasakan keterujaan dan debaran bermain pelbagai tunggangan seperti roller coaster dan gelongsor air, peraturan baru yang dikeluarkan di taman-taman tema Jepun mungkin akan membuat keseronokan pengunjung sedikit terbatas.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200528155817-japan-toshimaen-amusement-park-jan-2020-1199183966
Kredit foto: Tomohiro Ohsumi/Getty Images AsiaPac/Getty Images

Ini kerana sekumpulan pengusaha taman tema telah mengeluarkan panduan tingkah laku yang betul di dalam taman ketika bermain sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah penyebaran coronavirus di kemudahan tersebut.

Perubahan itu bermula selepas Perdana Menteri Shinzo Abe menamatkan darurat di seluruh negara yang telah berlangsung sejak pertengahan April berikutan penurunan besar kes coronavirus di negara tersebut.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200528155657-japan-legoland-may-23-2020-1226557138
Kredit foto: Tomohiro Ohsumi/Getty Images AsiaPac/Getty Images

Jepun mencatatkan kes jangkitan baru jatuh di bawah 50 di seluruh negara manakala kes keseluruhan yang dirawat di hospital jatuh di bawah 2,000 berbanding sebelum ini yang mencecah 10.000 kes.

Oleh itu taman tema dibenarkan untuk memulakan operasi mereka semula, namun pemilik dan pengunjung juga perlu menyesuaikan diri dengan realiti baru.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200528155920-japan-tochinoki-family-land-may-17-2020-1225318963
Kredit foto: Tomohiro Ohsumi/Getty Images AsiaPac/Getty Images

Menurut garis panduan keselamatan yang dikeluarkan, pengunjung mesti memakai topeng muka setiap saat. Mereka juga perlu menjaga jarak sosial apabila berdekatan dengan maskot haiwan dan menahan diri dari menjerit ketika menaiki roller coaster dan memasuki rumah hantu.

pic.twitter.com/peYsc8Wobi

— mitsuyo『おおかみ潤』 🍀🌻 (@agphish) May 27, 2020

Sementara itu taman tema paling terkenal di Jepun iaitu Tokyo Disneyland dan Universal Studios Japan masih belum dibenarkan untuk dibuka.

Walaupun kes coronavirus dilihat semakin reda di kebanyakan negara, banyak aktiviti yang mengalami perubahan seperti yang dapat dilihat di bawah.

Berbeza Suasana, Penjarakan Sosial Diterapkan Dalam Masterchef

Pusat Beli Belah Di Thailand Guna Cara Unik Untuk Tekan Butang Lif

SumberCNN

Trending

pramugari arab
Lawak

Gadis Tiru Aksi Pramugari Arab Bikin Berdekah, “Gelak Sampai Terguling..”

3 days ago
gajah liar
Haiwan

Wanita Beri Makan Pada Gajah Liar, Panggil Nama Terus Datang!

2 days ago
budak kecil
Lawak

Anak Selamba Tanya Kenapa Ayah Tak Bangun Subuh, “Eh Cantik Sikit…”

1 day ago
Ular
Haiwan

Netizen tergamam lihat lelaki ini selamba buat kerja depan ular, “Seram…”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network