Sedia maklum, kerja-kerja dalam industri minyak dan gas agak lumayan gaji yang diperoleh namun seperti diketahui juga, kerja ini amat berisiko tinggi jika dipandang remeh tentang keselamatan disitu.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian dilaman sosial sejak kebelakangan ini apabila sekumpulan pekerja offshore di tengah-tengah laut menghiburkan diri mereka dengan membuat tarian.
Pekerja-pekerja berkenaan yang disapa sebagai abang-abang menerima pujian warganet apabila dapat melihat gelagat sporting mereka dalam menghiburkan diri dan membuatkan warganet terhibur dengan kecomelan mereka.
“Bila kapal besar 6 ke 8 bulan onboard, macam ni lah cara diorang hiburkan diri! Comel la abang abang offshore ni semua!
“Diorang pun frontliners jugak yang banyak berjasa untuk ekonomi negara…”
Perkongsian video menerusi laman Instagram Hot FM tersebut juga meraih lebih 120,000 tontonan disamping mendapat lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet dimana gelagat-gelagat mereka itu membuatkan warganet turut meninggalkan bermacam-macam komen.
Ada juga yang memuji abang-abang offshore tersebut yang pandai menari malah dilihat badan mereka cukup lembut ketika menari dan dalam pada masa yang sama, video dimuat naik itu membuatkan warganet tidak jemu mengulang tayang.
“Masalahnya semua bersemangat!! Cuteeee je”
“6-8 bulan training choreography, smooth je pergerakan depa”
“Comel… sporting pulak tu, terhibur sis”
Ikuti juga kisah-kisah lain di bawah ini seperti berikut:
“Nangis ke?”- Gara2 mata bengkak, Uyaina Arshad buat warganet bimbang jelaskan…
Gara2 melatah, 2 wanita ‘selamba’ serah diri dekat polis curi tumpuan warganet