Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
video

Lagi video 4 kanak-kanak ini bikin ‘pecah’, buat parodi lagu baru Blackpink!

Siti Zulk by Siti Zulk
2 years ago
in Lawak, Media Sosial
Reading Time: 1 min read

Kemunculan kumpulan Blackpink melancarkan lagu terbarunya baru-baru ini berjaya mencipta rekod terbaru dengan mendapat jutaan tontonan dalam masa yang sekejap.

Lagu baharunya gandingan empat penyanyi wanita, Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa ternyata membuatkan ‘How You Like That’ berjaya mencuri hati peminat di beberapa negara sekali gus mencatat pencapaian luar biasa.

Jika sebelum ini mereka mencetuskan fenomena baru menerusi video muzik lagu berjudul Kill This Love, ternyata lagu How You Like That juga tak kurang hebatnya.

Blackpink

Biarpun begitu, apa yang membuatkan warganet terhibur apabila empat pelakon kanak-kanak menghasilkan video parodi lagu berkenaan lalu berkongsikan di laman Instagram Gtlosiar. Mereka berempat merupakan kanak-kanak yang cukup berbakat dan banyak kali viral dilaman sosial dengan pelbagai video-video lucu.

Bukan itu saja, drama dihasilkan mereka pernah tular beberapa kali kerana lakonan bersahaja namun sangat menghayati watak membuatkan mereka menjadi bualan hangat warganet.

Terbaru juga, video dikongsikan ini berjaya meraih ribuan tontonan pengguna Instagram apabila dapat melihat gelagat kanak-kanak ini membuat video parodi pula.

Buat parodi lagu Blackpink, gandingan empat kanak-kanak ini cuit hati ramai

View this post on Instagram

Habis Syuting Langsung Tiktok 😅 Belajar Dulu Kita Ya Kak @blackpinkofficial . #blackpink #howyoulikethat #parodi

A post shared by @ gtlosiar on Jul 5, 2020 at 2:45am PDT

Selain itu, gelagat mereka berempat melakukan parodi lagu Blackpink itu mencuit hati warganet dan diruangan komen, rata-rata akui terhibur dan meminati bakat mereka.

Ikuti juga kisah-kisah menarik ini yang dapat dilihat juga gelagat lucu selebriti dibawah:

‘Sakinah’ Curi Tumpuan Lagi, Begitu Menjiwai Watak Untuk Lathi Challenge

Zizan Razak prank tapi ‘terpickupline’ Hawa Rizwana, “Untungnya…”

Guna barang Neelofa dikomen ‘sengkek’, pengikut Ameera Khan bidas balik

SumberInstagram Gtlosiar

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

21 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia