Lagu How You Like That nyanyian Blackpink adalah antara lagu yang paling hangat dimainkan pada ketika ini. Ramai yang cuba meniru koreografi kumpulan Kpop itu dan ramai yang memuatnaik cover tarian mereka di TikTok, termasuklah satu kumpulan penari Kpop dari Perancis ini yang digelar Risin.
Selain banyak melakukan rutin tarian mereka di tempat-tempat awam sekitar Perancis, mereka juga mencuri tumpuan ramai kerana telah banyak kali memenangi anugerah untuk cover-cover tarian Kpop mereka.
Namun video cover mereka baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai atas sebab yang agak berbeza.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan klip video yang diambil dari Tiktok dan mengalihkan perhatian netizen kepada salah seorang penari dalam kumpulan berkenaan. Dalam kapsyen, pengguna Twitter tersebut menyamakan wajah penari tersebut dengan Remy Ishak.
Pandai betul Remy Ishak menari lagu BlackPink pic.twitter.com/cj4L5trDqA
— #EfaPerfumeHouse (@efaperfume) July 18, 2020
Sementara itu segelintir netizen pula merasakan bahawa penari tersebut mempunyai iras wajah Aeril Zafrel.
“Complete package Remy Ishak ni…”
“Ambik part Lisa pulak tu…”
“Presiden TikTok dah expert menari…”
“Aeril Zafril dalam diam dah jadi dancer…”
Aeril dan Remy akhirnya tampil memberikan komen tentang video tersebut.
“Viral pulak video lama…”
Aduh.. viral pulak video lama ai 😂 https://t.co/nbVVgKxZHB
— Remy Ishak (@remy_ishak) July 19, 2020
Asal ramai tag aku ni? Harey tol la https://t.co/N8UBosZoB9
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) July 18, 2020
“Bunuh je la aqu…”
Hmmm maleh aqu….bunuh je la aqu…. https://t.co/Vjd7FawX7a
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) July 19, 2020
Seperti yang ramai tahu Aeril memang aktif dalam TikTok dan Remy juga telah mula berjinak dengan aplikasi itu baru-baru ini jadi tidak hairanlah jika mereka mula memuatnaik video tarian mereka di platform tersebut.
Jom ikuti perkongsian-perkongsian berkaitan di bawah ini.
Remy Ishak juga terjebak buat Tiktok, “Boleh di didik lagi ni”
Lebih Setengah Juta Tontonan, Aeril Zafrel Beri Reaksi Tiktok Budak 46
Sherry Alhadad terjebak buat ‘Tiktok’ lagu baru Blackpink, video style habis!