Seekor kucing yang ditahan di penjara utama Sri Lanka akibat didakwa cuba menyeludup heroin dan kad SIM telefon bimbit telah dilaporkan melarikan diri.
Menurut seorang pegawai polis, kucing itu dikesan oleh pegawai perisik penjara pada Sabtu di Penjara berkeselamatan tinggi Welikada.
Dia berkata hampir dua gram heroin, dua kad SIM dan cip memori ditemui dalam beg plastik kecil yang diikat di leher kucing berkenaan sebelum ia ditahan.
Menurut media tempatan, ia bagaimanapun telah berjaya melarikan diri pada dari bilik penjara di mana ia dikurung pada Ahad.
Sri Lanka memerangi masalah besar dalam penyeludupan dadah, malah beberapa detektif anti-narkotik juga ada yang terlibat dalam penjualan ubat-ubatan yang dirampas.
Penggunaan haiwan sebagai penyeludup juga adalah sesuatu yang sering terjadi di negara itu, malah minggu lepas polis telah menahan seekor helang yang dikatakan digunakan oleh pengedar dadah untuk mengedar narkotik di pinggir bandar Colombo.
Sebelum ini juga seekor burung merpati pernah ditahan di India namun atas sebab berbeza seperti yang pernah kami kongsikan di bawah.
Burung Merpati Ditangkap Di India, Disyaki Pengintip Untuk Pakistan
Kucing Dijumpai Dalam Bagasi Di Lapangan Terbang. Kantoi Mahu Ikut Tuannya Bercuti!
Burung Didakwa Terlibat Dalam Rompakan Dipenjara, Siap Dibekalkan Roti & Air Raih Perhatian Ramai!