Jika meminati drama 7 Hari Mencintaiku, pastinya anda mengenali dengan penerbit dan novelis popular iaitu Siti Rosmizah. Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian peminat drama terbabit apabila dapat melihat babak sweet watak utama Khuzairi dan Mia Adriana lagi meskipun sudah melabuhkan tirai beberapa hari lalu.
Rakaman video babak yang dipadam itu dikongsikan menerusi Instagram pengarah drama 7 Hari Mencintaiku sendiri, Jamal Khan dimana ujarnya juga bahawa Siti Rosmizah yang bertindak untuk ‘belanja’ babak ini kepada peminat.
Difahamkan rakaman video yang dikongsikan ini merupakan video deleted scene bagi episod akhir iaitu episod yang ke-33 dimana peminat dapat mengubati rindu dengan watak dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai Khuzairi dan Mia Adriana.
Menerusi drama ini, seperti sedia maklum bahawa gandingan utama Shukri Yahaya dan Siti Saleha berjaya mendapat tempat dihati peminat drama tempatan gara-gara lakonan hebat mereka.
“Producer kak Siti Rosmizah belanja untuk korang yang awesome ni senyum pagi atau breakfast pagi or coffee break whut ever la hahaha…”
Menerusi posting, diruangan komen ternyata ramai pula yang masih tidak dapat ‘move on’ dengan drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua ini dan rata-rata sudah meluahkan rasa rindu meskipun beberapa hari saja tamat bersiaran di TV3.
Reaksi ramai tak dapat ‘move on’
Dalam pada itu, anda boleh ikuti juga kisah-kisah lain dibawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Gara2 video 7 Hari Mencintaiku, Shukri Yahaya terima lebih seribu komen!
http://himpunanceritalawak.com/2020/08/19/tiga-youtuber-jadi-idola-ramai-di-meletop-bikin-peminat-gembira/
Video terbaru Cik B raih lebih seribu komen,”Terbukti guys memang cantik…”