Sejak akhir-akhir ini lagu asal yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgamu menjadi perhatian ramai. Apatah lagi apabila lagu ini dijadikan lagu tema buat drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah menjadi fenomena baru-baru ini.
Sebelum ini beberapa selebriti tanah air ada membuat rakaman menyanyikan semula lagu Aku Bidadari Syurgamu dan ternyata masing-masing memiliki kemerduan suara masing-masing. Malah bagi pelantun lagu Warkah Untukku bernama Ara Johari ini juga turut sama membuat cover lagu Aku Bidadari Syurgamu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik penyanyi ini, kelihatan Ara Johari cover Aku Bidadari Syurgamu dengan penuh perasaan. Siapa sahaja yang dapat menyangkal kehebatan vokal milik Ara Johari bukan? Dengarkan sahaja lagu-lagu yang dinyanyikannya sebelum ini, semua boleh tahan tinggi key nyanyiannya.
Berikut adalah perkongsian Ara Johari cover Aku Bidadari Syurgamu yang dikongsikannya baru-baru ini:
Pergh! Boleh meremang mendengarkan nyanyian semula oleh Ara Johari ini. Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 73 ribu likes dan 14 ribu likes. Rata-rata pengikutnya di laman sosial itu meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut seperti berikut:
“Ya Allah sedapnya suara Ara”
“Da tengok tadi..Part tarik tu yang paling mahal”
“Wahh nice gila la”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain seperti berikut:
Video Transformasi Ain Edruce Dihasilkan Semula, “Tergelak Besar”
Video Alih Suara 7 Hari Mencintaiku Babak Lain Pula Bikin Berdekah!