Baru beberapa minggu 7 Hari Mencintaiku 2 tamat tayangannya, ramai peminat drama ini yang mula merindui gelagat watak-watak dalam drama tersebut. Manakan tidak setiap watak yang dilakonkan memiliki kekuatannya yang tersendiri.
Malah siap ada pelakon yang terlekat dengan nama watak lakonan mereka dalam drama ini. Semuanya gara-gara penangan 7 Hari Mencintaiku 2. Dibarisi bintang hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi, ternyata drama ini mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan 12 juta tontonan sepanjang episod ditayangkan.
Namun begitu, ada beberapa babak yang terpaksa dipotong oleh pengarahnya, Jamal Khan bagi mencukupkan waktu tayangannya 33 episod. Baru-baru ini juga beberapa babak itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya sendiri. Berikut antaranya:
Selain dari itu ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang terjadi pada watak Nurul Ain selepas babak Khuzairi tengking Mia Adriana di majlis pernikahan. Selepas itu Nurul Ain terus hilang tanpa khabar berita.
Ini adalah deleted scene kesudahan kisah Nurul Ain selepas kejadian tersebut sebenarnya:
Wow, memang garang betul si Helmi ini siap bagi amaran. Perkongsian deleted scene kesudahan kisah watak Nurul Ain ini telah meraih lebih 159 ribu tontonan dan 42 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Patut laa Nurul tiba-tiba hilang. Rupa-rupanya kena gertak awal dengan Helmi”
“Haah nape delete. Watak Nurul time tu macam tergantung je…”
“Sayangnya scene best ni kena delete”
Sementara itu, ikuti kisah lebih menarik lain seperti berikut:
Datuk Nash Dalam ICSYVM 3 Pilih Penyanyi, “Penutup Yang Best”
Video Transformasi Ain Edruce Dihasilkan Semula, “Tergelak Besar”