Aplikasi Tiktok hari ini semakin mendapat tempat di hati ramai. Bukan sahaja digunakan untuk bersuka-suka, malah ada banyak lagi video bermanfaat lain yang boleh didapati menerusi aplikasi tersebut.
Namun penggunaan untuk hiburan menjadi salah satu pilihan buat penggunanya di Malaysia. Malah pelbagai lagu yang digunakan untuk tarian di dalam aplikasi ini cukup catchy dan ‘melekat’ ke dalam kepala.
Biar pun ianya adalah tarian, namun ia dapat menghilangkan kepenatan setelah seharian melakukan aktiviti harian. Menari di video Tiktok juga turut dilakukan oleh ramai selebriti di Malaysia.
Terbaru, video MK buat Tiktok dengan Sophia Liana telah mencuri perhatian ramai. MK yang juga salah seorang ahli kumpulan K-Clique sememangnya cukup dikenali ramai. Ditambah pula dengan populariti Sophia Liana yang merupakan ahli kumpulan De Fam. Memang gempak!
Jom layan video MK buat Tiktok dengan Sophia Liana ini yang telah dikongsikan menerusi laman Instagram baru-baru ini.
Sakan betul mereka ya! Video tersebut telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 200 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Haa sudah dah terjebak. Bukan dulu tak nak terjebak ke hahhaha”
“So cuteeee lah korang!”
“Ingatkan MK ni main rap je rupanya budak Tiktok jua…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain seperti berikut:
“Tak Sia-Sia Digi Bayar” – Video Sofyank Buat Ramai Kagum Lagi!
Deleted Scene Kesudahan Kisah Nurul Ain Dalam 7 Hari Mencintaiku 2
Ara Johari Cover Aku Bidadari Syurgamu, “Padu Suara Terbaik”