Setiap orang mempunyai cara masing-masing utuk bermesra dan bergurau dengan ibu bapa. Terutamanya bagi anak-anak yang bukan dibesarkan dalam budaya barat, menjadi kawan dengan ibu bapa bukanlah sesuatu perkara yang biasa atau diamalkan.
Seorang pengguna TikTok itu walau bagaimanapun bertekad untuk ‘bermesra’ dengan ibu bapanya dan melayan mereka seperti kawan dengan melakukan aksi-aksi mengarut di hadapan mereka.

Sebelum ini lelaki atas nama Youngyosa itu pernah berkongsikan video dia cuba bergurau dengan bapanya apabila dia tiba-tiba menyanyikan lagu rock ketika mereka sedang makan bersama-sama.
Sejak video tersebut tular dia masih belum putus asa dan terus melakukan prank-prank itu untuk melihat reaksi ibu bapanya yang berasal dari Afrika dan tidak begitu faham dengan gurauan-gurauan anak muda.
Terbaru lelaki itu dilihat melakukan prank yang sama apabila dia masuk ke dapur dan mula menyanyikan lagu rock di hadapan ibu bapanya.
This man is going to kill his parents one day lmao pic.twitter.com/ndLSoeVzKc
— Alexis (@amccarten24) August 26, 2020
Sebelum itu dia membeli subang palsu dan meletakkan pada seluruh mukanya terlebih dahulu untuk kelihatan seperti seorang penyanyi rock yang ganas dengan bertindik.
Video dengan kapsyen ‘Cuba untuk membuat ibu bapa Afrikaku marah’ itu menunjukkan dia menyanyi secara lantang di hadapan ibu bapanya yang terkejut dengan penampilannya yang bertindik serta keliru dengan kelakuannya itu, sehinggalah bapanya berkata ‘please‘ agar dia berhenti membuat bising.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki tersebut namun ramai yang mangaku ada sesuatu yang tidak kena dengannya dan dia akan membuat ibu bapanya stress.
Sementara itu jom layan artikel-artikel pilihan di bawah.
Youtuber Rakam Diri Termenung Di Hadapan Kamera Selama 2 Jam Raih 2.8 Juta Tontonan
Budak Perempuan Enggan Jawab Soalan Matematik Kerana Dianggap Biadap, Ini Alasannya
Video Memasak Gadis China Ini Dramatik Habis, “Dah Macam Anime…”