Burung hantu boleh dikatakan antara spesis burung yang agak jarang dijumpai di Malaysia kerana ia mempunyai habitat yang tinggal di dalam hutan dan hanya aktif untuk mencari mangsa di waktu malam. Rupa mukanya yang lain daripada yang lain itu telah membuatkan ia antara haiwan yang cukup unik dan comel.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter iaitu @babyking_kong dimana terdapat seekor burung hantu yang sesat. Menerusi rakaman video itu, kelihatan seekor burung hantu yang berwarna coklat itu sedang dipegang oleh pihak keselamatan.
COMEL GILAAA BURUNG HANTU NI HAHAHAHA AAAAAAAAA 🥺🥺 GERAMMMMM!! pic.twitter.com/ZzcTw2lgmC
— king kong 🇲🇾 (@babyking_kong) August 29, 2020
Burung itu dikatakan telah memasuki ke sebuah bilik wanita dan setelah kejadian itu disedari, mereka telah memanggil pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil haiwan itu kerana ia merupakan antara haiwan yang terancam. Oleh itu, orang ramai dilarang untuk memelihara haiwan tersebut demi menjaga ekosistem negara.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat video berkenaan di samping ada yang memuji kecomelan burung hantu terbabit. Lebih melucukan apabila haiwan itu turut membuat muka yang comel sehingga membuatkan warganet berasa geram.
Posting itu telah meraih perhatian ramai terutamanya warga netizen sehingga menerima sebanyak 637 ribu tontonan umum selain daripada mendapat sebanyak 52.2 ribu tanda suka menerusi laman Twitter terbabit.
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Mat Saleh jaga anak kecilnya, “Dia layan anak dia macam tengah lepak…”
Tarik meja untuk ubah kedudukan sehingga wanita terjatuh ke tanah!
Gadis nak berduet nyanyian dalam Tiktok, tapi lain pula yang jadi!