Kebiasaannya, setiap haiwan seperti anjing dan kucing memiliki wajah yang comel dan gebu sehingga membuatkan setiap orang yang melihatnya akan berasa geram dengan kecomelan tersebut. Namun berbeza pula dengan kisah pada kali ini dimana terdapat seekor anjing yang memiliki tompokan lain daripada yang lain.
Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @bomboclaatThis dimana terdapat seekor anjing berwarna hitam. Menerusi video berkenaan, anjing itu kelihatan seperti sedang kemarahan.
Bomboclaat pic.twitter.com/iCvRQB9BIQ
— BomboclaatThis (@BomboclaatThis) August 17, 2020
Namun, setelah diperhatikan dengan betul rupa-rupanya anjing itu sememang nya kelihatan sebegitu rupa kerana tompokan hitam yang ada pada matanya telah membuatkan orang ramai berfikir bahawa haiwan itu sedang menunjukkan reaksi marah.
Ternyata, situasi itu telah membuatkan orang ramai terutamanya warga netizen di Twitter terhibur setelah melihat video berkenaan di samping ada yang mengaitkan reaksi anjing itu dengan situasi yang melucukan. “Bila mama tanya soalan simple dan dia start marah”, kata salah seorang warga netizen di ruangan komen laman berkenaan.
Posting itu telah menjadi tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 9.3 juta tontonan umum selain daripada 15.8 ribu ulang kicau dan komen berserta 27.4 ribu tanda suka menerusi di laman media terbabit.
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Burung hantu masuk bilik wanita, “Comel gila burung hantu ni…”
Aksi lelaki ini raih perhatian, “Tengah lawan demon ke tu bang…?”