Ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup ini. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya ataupun tidak.
Hal ini kerana setiap orang telah diajar sejak dari kecil untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapatkan pekerjaan yang diinginkan dan banyak lagi. Maka sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan yang ingin diperolehi.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @zikhriirhkiz dimana dirinya berkongsikan beberapa keping foto menerusi laman akaun Twitternya. Melalui posting itu, dia telah menunjukkan hasil kejayaannya setelah menjadi agen kepada sebuah produk.
Alhamdulillah pencapaian di usia 22. Cukup 50RT saya akan share kan 10 tips bagaimana bina business walaupun hanya sekadar menjadi agent atau dropship produk orang
From this: To this: pic.twitter.com/7A3XO3KB1V
— ZAC (@zikhriirhkiz) September 9, 2020
“Alhamdulillah pencapaian di usia 22. Cukup 50RT saya akan share kan 10 tips bagaimana bina business walaupun hanya sekadar menjadi agent atau dropship produk orang”, kata pemilik akaun tersebut.
Menurut remaja itu, sebelum ini dia hanya menaiki motorsikal untuk membuat penghantaran produk kepada pelanggannya sehinggalah dia berjaya memiliki sebuah kereta mewah berjenama BMW setelah dirinya berhempas pulas menjalankan perniagaan tersebut.
Rata-rata warga netizen berasa kagum dengan kesungguhan yang dimiliki oleh remaja ini meskipun dia hanya berusia 22 tahun. Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 2.2 ribu ulang kicau dan komen berserta 4.3 ribu tanda suka di ruangan akaun berkenaan.
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Tindakan refleksi kanak lelaki ini dipuji, “So comel & clever”!
Aksi lelaki turunkan anak jadi perhatian, “Fuh different level”!