Sebut sahaja nama Jackie Chan pasti ramai yang kenal dengan pelakon dan pakar seni mempertahankan diri dari China ini yang cukup sinonim dengan filem-filem aksi baik buatan tempatan mahupun Hollywood.
Jackie Chan bukan sahaja digemari ramai kerana bakat lakonannya, tetapi dia juga dikagumi kerana melakukan kebanyakkan babak aksinya sendiri tanpa menggunakan stuntman.
Walaupun kini sudah berumur, dia masih terlibat dalam filem-filem aksi lasak, namun boleh dikatakan bintang Rush Hour itu tidak sepantas dirinya ketika muda.
Seperti baru-baru ini, di sebuah set penggambaran filem aksi Cina bertajuk Vanguard, pelakon legenda itu hampir lemas ketika merakam sebuah adegan aksi.
Insiden itu berlaku ketika Chan dan heroine utama filem itu, Miya Muqi sedang melakonkan aksi menaiki jet ski di laut.
Keadaan bertukar cemas apabila jet ski yang dipandu Chan terlanggar batu dan menerbalikkan kenderaan itu sehingga kedua-dua mereka jatuh ke dalam laut.
Muqi serta merta muncul ke permukaan air selepas lebih kurang 45 saat, sementara Chan pula hilang dari pandangan.
Rupa-rupanya pelakon itu terperangkap di bawah batu dan tidak dapat membebaskan diri. Dia akhirnya ditemui kru yang sempat menyelamatkannnya sebelum dia lemas.
Kejadian tersebut membuatkan pengarah filem, Stanley Tong, panik dan menangis selepas Jackie Chan ditemui dalam keadaan selamat.
Walaupun pelakon itu kelihatan tersenyum selepas kejadian itu, dia mengakui trauma sehingga menggigil apabila pulang ke rumah pada malam itu selepas memikirkan apa yang terjadi.
Teruskan membaca cerita-cerita menarik yang disertakan di bawah ini.
Kecoh Annabelle Terlepas Dari Kurungan, Netizen Kongsi Komen2 Lucu
TikTok Aeril Gagal Lagi, Tersepak Kasut Pada Wawa Ketika Buat ‘Shoe Challenge’
Remaja kongsi foto kejayaannya, “Alhamdulillah pencapaian di usia 22…”