Siri Gundam yang merupakan gabungan francais sains fiksyen tentera Jepun mempunyai banyak peminat di serata dunia. Francais yang dicipta oleh Yoshiyuki Tomino dan Sunrise dan popular sejak tahun 1979 itu menampilkan robot gergasi yang dipanggil Mobile Suit Gundam.
Sebagai salah satu ikon budaya di Jepun dan turut dijadikan sebagai tarikan pelancong untuk membawa pulangan yang lumayan, memiliki patung koleksi figura robot Gundam yang mahal adalah satu keperluan bagi para peminat.
Lebih hebat, tidak lama lagi peminat francais itu akan dapat menyaksikan robot gergasi tersebut beraksi secara realistik. Sebuah robot gergasi Gundam telah berada dalam proses pembinaan sejak Januari di Yokohama dan peminat berpeluang untuk melihat robot itu ‘hidup’ pada hari perasmiannya nanti.
Setelah berbulan-bulan ujian pergerakan sederhana dilakukan pada bahagian-bahagian badannya, robot setinggi 18 meter itu telah menjalani ujian gerakan lengkap dan telah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan pada 1 Oktober nanti.
Kemas kini video terbaru yang dimuatnaik menunjukkan robot tersebut bergerak dalam pelbagai pergerakan seperti berjalan, menggerakkan kepalanya, menunjukkan jari dan melutut. Seperti yang dilaporkan oleh Popular Mechanics, robot ini juga akan memiliki kebebasan pergerakan 24 darjah yang luar biasa.
Pasti ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan robot gergasi kegemaran mereka itu secara langsung.
Mari baca perkongsian-perkongsian di bawah ini pula.
Pelajar Kongsi Gambar2 Guru Berdiri Dengan Pelbagai Posisi Pelik
Lelaki Jepun Hasilkan Kostum Anime Untuk 2 Ekor Kucingnya, Comel Habis!
Arkitek Jepun Dirikan Tandas Awam Lutsinar Untuk Hapuskan Stereotaip Tandas Kotor