Golf cart atau nama lainnya kereta golf ialah sejenis kenderaan kecil digunakan di sekitar padang golf. Kenderaan ini sangat penting di sesebuah resort atau padang golf kerana kawasan yang dimiliki sangat luas dan dipenuhi dengan tanah yang berliku dan cerun. Oleh disebabkan itu, kereta golf ini sangat diperlukan bagi memudahkan pemain daripada perlu berjalan.
Meskipun begitu, lain pula yang jadi apabila terdapat seekor kambing biri-biri yang dilihat selamba memandu kereta golf terbabit. Menerusi Tweet berkenaan yang dimuat naik oleh @AnimalsWorld, haiwan itu kelihatan sedang bersama dengan seorang lelaki yang dipercayai tuan kepada kambing terbabit.
why does this look normal pic.twitter.com/7PaewUEtUj
— Nature & Animals 🌴 (@AnimalsWorId) October 11, 2020
Lebih melucukan apabila binatang berbulu tebal dan gebu itu berkelakuan selamba dengan membawa kenderaan terbabit hanya menggunakan kaki. Kambing itu juga kelihatan sangat bersahaja dan santai sambil memakai topi dan bajunya.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur dengan gelagat kambing biri-biri berkenaan di samping terdapat segelintir daripada mereka yang turut memuji kecomelan haiwan terbabit. “Chill sangat ni”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan akaun terbabit.
Posting yang berdurasi selama 9 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 219 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Video kegemaran untuk minggu ni…”
Fav vid on this week https://t.co/Vy6QDO01QL
— Aca, (@SFarm_) October 11, 2020
“Saya harap takde yang makan kambing ni”
I hope no one eats this sheep. https://t.co/kjTLkQO7QP
— whatsabiondi🦄 (@whatsabiondi) October 11, 2020
Zootopia in real life 😂 https://t.co/i8dgJSgY5e
— nikentang🥔 (@kentang_orca) October 11, 2020
Just a couple guys. . . 😂 https://t.co/bbnZQxB6Fr
— Lizzie (@pi_lizzie) October 11, 2020
“Kehidupan baru…”
New normal life in 2020 https://t.co/vvrbPChHx5
— I’m Mint 🏳️🌈 (@mint_manee) October 12, 2020
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Pura-pura menekan kalkulator semasa mengira, “Imaginasi tiada batas…”
Kucing selamba posing depan kamera, “Kena bayar gaji tinggi ni…”
Rakaman ikan pari raih tumpuan, “Wah sekumpulan anak derhaka…”