Seperti yang diketahui ramai bahawa YouTuber tersohor yang dikenali sebagai Syahmi Sazli kini sudah bergelar seorang pengarah filem dan perkara itu membuatkan peminatnya semakin mengagumi bakat anak muda ini.
Cukup menghiburkan peminat dengan lawak-lawak spontan yang ditunjukkan dalam karyanya, ternyata orang ramai dapat menyaksikan filem arahan Syahmi Sazli yang berjudul Mael Totey The Movie tidak lama lagi.
Perkara itu turut diumumkan Syahmi Sazli melalui Instagram peribadinya dengan mengatakan bahawa pada 22 Oktober ini, orang ramai sudah dapat melihat filem terbabit menerusi Astro First.
Filem bakal ditayangkan pada 22 Oktober 2020
Dalam pada masa yang sama, Syahmi Sazli berkongsikan poster rasmi filem terbabit kepada umum disamping mengucapkan syukur akan hal itu.
“Inilah dia poster rasmi Mael Totey The Movie! Alhamdulillah, tak sangka dulu 2016 Mi start buat video dengan fon dan 22 Oktober 2020 nanti karya Mi akan ditayangkan di Astro first…” tulisnya.
Selain itu, menjenguk keruangan Instagram YouTuber itu dia turut memuat naik beberapa video teaser Mael Totey The Movie kepada umum.
Lalu diruangan komen, pelbagai reaksi positif yang diterima Syahmi Sazli daripada orang ramai dengan hasil karyanya itu.
Reaksi netizen diruangan komen
Dalam pada itu, anda boleh mengikuti juga kisah-kisah menarik yang lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Sumpah ngam”- Caprice sahut 4 Dara dengan remix, video bikin netizen ulang2
DSV juga terjebak dengan cabaran 4 Dara, “Salah lirik tapi confidence level…”
Lepas 4 Dara, gaya fake smile ‘Mona’ pula bikin warganet gelak besar