Perkhidmatan panggilan kecemasan membenarkan kita untuk mendapatkan bantuan apabila berada dalam situasi yang mengancam keselamatan. Apabila kita menghubungi 991 atau 999 bergantung kepada negara, kita perlu memberi maklumat dan menerangkan situasi kepada operator.
Tugas operator pula adalah untuk menilai panggilan kita dan menentukan jenis tindak balas yang diperlukan, di samping cuba menenangkan pemanggil dalam situasi tersebut.
Proses itu dapat disaksikan dalam sebuah video perbualan yang tular antara seorang lelaki yang membuat panggilan kecemasan dengan operator.
Lelaki itu memberitahu bahawa ada penceroboh memasuki rumahnya, jadi operator menyuruhnya agar tidak bergerak kerana pihak berkuasa akan datang untuk memeriksa keadaan.
IVE BEEN CRYING FOR 5 MIN BRO 😭 pic.twitter.com/TtWAEyQtRX
— YALL BETTER FKING VOTE (@nautalii) October 14, 2020
Namun lelaki tersebut berkata dia akan pergi menyiasat sendiri, dan rupa-rupanya penceroboh itu adalah seekor anjing. Operator tersebut kemudian memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak mendekati anjing tersebut kerana ia mungkin anjing gila, namun lelaki itu tetap menghampiri anjing berkenaan yang dikatakan sejenis labradoodle.
Operator itu berkeras menyuruh lelaki terbabit keluar dari bilik tersebut namun lelaki itu berkata anjing itu sedang menjilat mukanya.
Apabila ditanyakan bagaimana anjing itu boleh masuk ke dalam rumah, lelaki itu dengan tidak bersalah mengaku dia memasang pintu anjing untuk membenarkan anjing luar masuk.
Operator tersebut kedengaran bengang apabila dia mengucapkan selemat tinggal kepada lelaki itu dan menamatkan panggilan.
Panggilan lucu itu membuat ramai berdekah dengan perbualan kecemasan itu.
“Saya pasang pintu anjing…”
“I installed a doggy door….” pic.twitter.com/CphLAoPJtj
— Kalamity Harris (@JayseRashid) October 16, 2020
“Buat aku lemah…”
This shit will always have me weak. https://t.co/UrZO2EQCfY
— Lola 🦄😍🌻 (@Interraciallo16) October 16, 2020
“Perempuan tu dah malas nak layan…”
That goodbye sir at the end, sis had enough I’m telling you. 💀 https://t.co/q7xL614tNv
— A M R 🇲🇾 (@ameelms) October 15, 2020
“Sakit perut aku…”
My stomach hurts https://t.co/dfd41Jjohe
— d e c e n t ✨ (@AmariPatriceG) October 15, 2020
Touché pic.twitter.com/jXnY9zUbMa
— itsDouglas (@dadidimmadome) October 15, 2020
Jom layan kisah-kisah lucu di bawah ini pula.
Video Budak Lelaki Diekori Beruang Besar Buat Ramai Kecut Perut
Lelaki Makan Madu Bersama Sarang, Dengan Lebah Sekali Masuk Mulut