Tidak dinafikan, memiliki kawan yang bersikap sporting dan sekepala adalah satu perkara yang terbaik. Apatah lagi bila kawan-kawan tersebut mempunyai banyak persamaan dengan diri kita, sesmakin banyak perkara yang boleh dilakukan bersama!
Tidak terkecuali dengan sekumpulan pemuda ini yang tular menerusi laman akaun Twitter @iNerd_ dimana mereka turut berkelakuan ‘gila-gila’. Melalui rakaman video tersebut, sekumpulan pemuda itu sedang membuat persembahan busking untuk sebuah majlis.
Dalam ramai ramai kawan, mesti ada sorang yang jenis masuk air. Hahaha pic.twitter.com/42wqBi7cWj
— Abang Skema (@iNerd__) October 22, 2020
Meskipun di waktu pandemik, mereka tetap meneruskan majlis tersebut dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila salah seorang daripada mereka berkelakuan menghiburkan dengan mengenakan mask pada bahagian mata.
Hal ini kerana, pemuda tersebut adalah merupakan seorang pemain seruling maka ia agak mustahil untuk menghasilkan bunyi terbabit jika pelitup muka itu dipakai pada bahagian mulut seperti kebiasaannya.
Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan warga netizen berasa terhibur di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut memberikan komen melucukan. “Kalau pakai, tiup tak bunyi, bau mulut ja lebih”.
Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 20.8 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Member barai terus…”
Member barai terus gelak. 🤣🤣 https://t.co/r9JgPJGzmB
— En.Barie 🇲🇾 🚭 (@szabarie) October 22, 2020
Aku terhibur HAHHAHAHAHA 😂 https://t.co/KnDB0Bgab3
— elysian⁷ (@fatihanajwa_) October 22, 2020
“Hahahaa sumpah lawak…”
Hahahaa! Sumpah lawak seyyyy😂🤣🤣 https://t.co/HIGFCORUDg
— Łž (@LeezaAbdWahab) October 22, 2020
hahahahahahahahahahahaha https://t.co/kYyJ5WCWNP
— Aina Shurayya (@AinaChuyayaya) October 22, 2020
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Bunyi video panda makan ‘carrot’ jadi tumpuan, “The best asmr video”
Kucing jalan atas eskulator tular, “Sampai lusa pun lu kat situ…”