Baru-baru ini tular di sosial media dengan gelagat dua beradik bijak berpantun mengenai isu semasa hari ini. Video dua kanak-kanak itu telah mencuri perhatian kerana apa yang diperkatakan kedengaran sangat luar biasa intipatinya.
Malah gelagat dua beradik bijak berpantun ini turut meraih perhatian pelakon terkenal, Remy Ishak. Malah Remy Ishak turut berkongsikan semula video tersebut di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang ditulis seperti berikut:
“Pandainyaaaaaa.. anak siapa ni? 😍 Uncle pun dah lama tak berpantun, uncle tak pandai nak masuk..”
Di bawah ini adalah perkongsian semula oleh Remy Ishak tersebut:
https://www.instagram.com/p/CGoep4CnkAP/
Alahai comel betul gelagat dua anak kecil ini! Untuk info, adik Mika pernah mencuri perhatian ramai juga kerana koleksi pantun darinya yang comel. Anak kecil ini kemudiannya menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan kanak-kanak yang mana Datuk Aznil Haji Nawawi menjadi pengacaranya.
Apa-apa pun video gelagat dua anak bijak ini telah meraih lebih 55 ribu tontonan dan rata-rata warganet teruja menyaksikan kebijaksanaan mereka ini. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian semula oleh Remy Ishak ini:
“Hahaha nape cute sangat yang laki tu”
“Keletahnya Mika, cam Upin Ipin”
“Teruskan generasi berpantun. Rindu zaman kanak-kanak RTM”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Perempuan Buat Cabaran Empat Dara, “Seram Nak Masuk Dik”
Sekumpulan Lelaki Nyanyikan Semula Bang Jago Bikin Terhibur!