Nampaknya selepas penyanyi popular, Akim Ahmad prank isterinya iaitu Stacy baru-baru ini membuatkan orang ramai terhibur lagi dengan pasangan penyanyi ini apabila Stacy pula prank suaminya itu menerusi rancangan Trek Selebriti.

Seperti biasa, Alif Farhan selaku hos tetap rancangan hiburan popular itu yang bersiaran pada setiap rabu pada jam 9.30 malam menerusi Astro Ria membuatkan posting video teaser episod seterusnya ini mengundang pelbagai reaksi ramai.
Menerusi posting, Stacy dilihat menjadi tetamu jemputan Trek Selebriti pada kali ini dan meskipun video berkenaan berdurasi pendek namun rata-rata warganet sudah memuji sikap pasangan penyanyi ini.
Melalui prank dilakukan oleh Stacy, mereka berbicara mengenai studio 100 ribu yang diinginkan dan sempat berbincang mengenai hal itu.
Namun reaksi Akim selepas di prank oleh isterinya semula juga membuatkan warganet terhibur dengan gelagat mereka yang mana membuatkan peminat juga suka melihatnya sehingga meninggalkan pelbagai reaksi positif terhadap kelakuan Stacy dan Akim yang dikatakan pandai mengurus kewangan.
“Nampak la diorang ni jenis bersederhana dan bijak mengurus kewangan”
“Nampak mereka sentiasa berjimat dan sentiasa berbincang dalam apapun keputusan yang melibatkan duit, bersederhana aja”
“Balas dendam is done hahahaha”
Â
Dalam pada itu, anda boleh mengikuti juga kisah-kisah menarik yang lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Gara2 Jihan, Bell & Dottie, Ampun Bang Jago dianggap parodi terbaik!
Lagi video-video tak menjadi filem ‘Mael Totey’ bikin warganet terhibur!
Fasha Sandha kongsi video adik & anak Sheila Rusly, “Semoga kawin cepat…”