Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
f215

Lelaki kongsi video masak nasi, “Masak nasi je pun tapi satisfying gila?”

Nur Azwani by Nur Azwani
2 years ago
in Umum
Reading Time: 2 mins read

Tidak dinafikan bahawa nasi adalah makanan asas bagi masyarakat Malaysia. Meskipun begitu, tidak semua orang mampu untuk memasak nasi dengan sempurna jika tidak kena dengan caranya. Sekiranya terlebih air, nasi akan menjadi lembik manakala jika terkurang air, nasi akan menjadi keras dan tidak cukup masak pula.

Selain itu, terdapat beberapa cara untuk memasak nasi dan antaranya menggunakan periuk yang direka khas mahupun nasi dimasak menggunakan atas dapur. Kedua-dua cara tersebut boleh digunakan mengikut keselesaan dan kepakaran masing-masing.

Menerusi sebuah posting yang tular di laman akaun Twitter @Ashril_92, terdapat satu video yang memaparkan cara nasi dimasak menggunakan atas api. Dalam erti kata lain, makanan terbabit telah dimasak secara manual oleh seorang individu. “Masak nasi je pun tapi satisfying gila?”, kata pemilik akaun tersebut.

Masak nasi je pun tapi satisfying gila ? pic.twitter.com/8CL4iAqWSq

— ASH (Foodhunter) (@Ashril_92) November 2, 2020

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila video terbabit telah menerima tumpuan ramai dimana ia dihasilkan seperti gaya asmr dengan mengeluarkan bunyi-bunyian yang mampu memberi kepuasan kepada mereka yang melihat.

Rata-rata warga netizen berasa kagum dan berpuas hati dengan rakaman video berkenaan di samping terdapat segelintir warganet yang turut memberikan komen tentang cara nasi itu dimasak. Posting yang berdurasi selama 21 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 36.2 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

Benda yang paling aku tak suka buat. Dari dulu sampai sekarang !! https://t.co/yZqYJusfHc

— Tsundere 💛 (@nranntsa) November 2, 2020

“Cool amat ye…”

Video masak nasi je tapi cool amat ye https://t.co/AgNlgSzvLj

— mira syuhada 💫 (@mirasyuhada__) November 2, 2020

uncle roger would love this https://t.co/1u2KOkpUj4

— shaf (@shshfshaf) November 2, 2020

“Masak nasi pun bergaya…”

masak nasi pun bergaya https://t.co/PPv6S1XyKO

— kageyama's lover (@nanatjdn) November 2, 2020

Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:

Gelagat comel itik minta makanan curi tumpuan, siap Tap Dance!

Pengunjung beri makanan pada raccoon, “Ingatkan tangan manusia…”

Lelaki bawa sekumpulan anjing naik motor, “Diorang nampak sangat…”

SumberTwitter

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

3 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia