Tudung merupakan perkara penting buat wanita yang berhijab untuk memastikan aurat dapat dijaga dengan baik. Oleh disebabkan itu, mereka akan menjaga keadaan tudung dengan sebaiknya terutama ketika berada di luar. Jika tidak, boleh murung juga jika tudung yang dipakai tidak menjadi. Fenomena itu lebih dikenali sebagai ‘bad day hijab’. Pasti anda pernah dengar bukan?
Walau bagaimanapun, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Instagram iaitu @poopcorn.army dimana terdapat seorang lelaki yang membuat satu video parodi. Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut telah membuat sebuah video tutorial memakai tudung secara suka-suka di laman Tiktoknya.
Namun begitu, lain pula yang jadi apabila tutorialnya itu mendapat perhatian ramai setelah dia melakukan video tersebut dengan reaksi dan gelagat muka yang melucukan. Lebih menghiburkan apabila pemuda terbabit telah menggunakan tuala sebagai tudung.
Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan warga netizen berasa terhibur dengan gelagat lelaki tersebut di samping terdapat segelintir warganet yang turut memuji cara lelaki itu menghasilkan tutorial. Posting terbabit telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 72.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram berkenaan.
“Asal cantik dia buat…”
“Macam pak arab…”
“Kenapa dia buat lagi laju…”
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Tular gelagat lelaki ‘masak’ dua jenama telefon pintar di laman Twitter!
Sekumpulan remaja tonton cerita hantu, “Cerita seram jadi tak seram…”