Pentas akhir The Masked Singer Malaysia malam tadi sudah pun selesai. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyanyi dalam maskot, namun semua peserta berjaya mengharunginya. Sebelum ini beberapa watak maskot sudah pun terkantoi. Beberapa pesertanya memang sungguh tidak disangka. Antara yang paling mencuri perhatian ramai adalah Rafflesia (Eina Azman) dan Ayam Jantan (Hairul Azreen).
Memang mengejutkan dan tak sangka dua selebriti ini mempunyai bakat menyanyi! Namun itu kisah yang sudah terkantoi. Di pentas akhir, tinggallah beberapa peserta iaitu Orang Utan, Rajah Brooke, Enggang, Bunga Raya dan Wau membuat persembahan. Kesemuanya memiliki suara yang cukup padu!
Jom layan beberapa petikan persembahan mereka di pentas akhir ini:
Ini pula keputusan pemenang The Masked Singer Malaysia dan nama pesertanya:
Wau adalah Datin Alyah
Enggang adalah Vince
Tempat Ketiga, Orang Utan ialah Tuju K-Clique
Tempat Kedua, Rajah Brooke ialah Vanessa
Juara adalah Bunga Raya iaitu Aina Abdul
Wow, tahniah semua kerana berjaya hingga ke peringkat akhir! Terutamanya Bunga Raya juara The Masked Singer Malaysia ini. Berikut antara komen warganet yang menjadikan #TheMaskedSinger trending sekali lagi di Twitter:
I saw video aina abdul cover lagu listen kat youtube and it’s sameeeee doh !!!!😭😭😍😍😭😭😍 #TheMaskedSingerMalaysia
— rosè🤍 (@_anathirahh) November 6, 2020
#TheMaskedSingerMalaysia #themaskedsingermy
Yeahhhhhhhhh ! I'm so excited! pic.twitter.com/iN2v59CxB7— ﻧﻴﺴﺎ (@niesabell) November 6, 2020
Yeayy @ainaabdulmusic congratulations#TheMaskedSingerMalaysia pic.twitter.com/fxj4wZmFxk
— Hrry.D (@Zlhrry) November 6, 2020
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lelaki Lakonkan Bila Penyanyi Pesan Makanan, “Part Elizabeth Tan Tu Sebijik Betul”
Anjing Ajar Bayi Merangkak, “Comey Cara Cikgu Yang Ajar Tu Pun”