Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini sering sahaja menjadi tumpuan ramai. Selain berlakon, pasangan selebriti ini juga sibuk menguruskan perniagaan yang dibina bersama. Dikurniakan tiga cahaya mata hasil pernikahan pada tahun 2012, anak-anak pasangan ini cukup comel sekali! Orang kata ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ bukan?
Terbaharu, satu video dikongsikan menerusi laman Instagram Aeril Zafrel telah mencuri perhatian ramai. Rakaman itu memaparkan Aeril Zafrel sedang mendukung anak perempuannya Hayla di koridor seakan hotel. Aeril Zafrel kelihatan segak dengan berpakaian kemas dan anaknya Hayla mengenakan dress berwarna putih.
Di penghujung video itu barulah nampak sebenarnya Hayla menyambut ulang tahun kelahirannya. Wow, cukup istimewa layanan yang diberi oleh bapanya, Aeril Zafrel ini! Berikut adalah video Aeril Zafrel dukung anaknya, Hayla ini:
Terasa aura kasih sayang seorang bapa pada anaknya bila menonton video ini. Apa-apa pun video Aeril Zafrel dukung anaknya, Hayla ini telah meraih lebih 326 ribu tontonan dan 82 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan video itu di ruangan komen seperti berikut:
“MasyaAllah cinta pertama anak adalah ayahnya”
“Wah macam beauty and the beast version ayah punya”
“Anak perempuan will always be your princess (bcs ur her dad)…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lelaki Buat Laporan Dalam Banjir Curi Tumpuan, “Air Laju Tu”
Rakam Video Dengan Nenek, Tapi Entiti Di Belakang Jadi Tanda Tanya
Reaksi Anak Tuju K-Clique Teka Orang Utan, “Comelnya Yusuf. Dia Tahu La Tu”