Salah satu masalah apabila tinggal di kawasan yang dekat dengan habitat hidupan liar adalah penduduk perlu sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri apabila berhadapan dengan haiwan yang tidak diundang.
Biasanya kawasan kampung yang berdekatan dengan sawah padi atau ladang-ladang akan menggunakan orang-orang untuk menakutkan burung.
Berbeza pula dengan sebuah bandar di Jepun ini yang menggunakan serigala untuk halau beruang dari memasuki kawasan mereka. Namun serigala yang mereka gunakan bukanlah calang-calang kerana serigala tersebut adalah sebuah robot.
Robot serigala yang digelar sebagai ‘Moster Wolf’ itu mempunyai kaki yang panjang untuk meletakkannya di kedudukan yang tinggi di sebuah kawasan tanah lapang.
Rekaannya dilengkapi dengan lampu yang berkelip, 60 jenis bunyi menakutkan dan pandangan yang garang untuk halau beruang yang memasuki bandar di Utara Jepun itu pada waktu malam.
Beruang biasanya akan memasuki kawasan bandar untuk mencari makanan setiap bulan November sebelum musim hibernasi.
Namun pegawai tempatan melaporkan beruang takut untuk memasuki kawasan mereka sejak robot serigala itu digunakan.
Melihat pada rupa robot itu yang menakutkan, tidak hairanlah mengapa ia mampu menakutkan binatang buas seperti beruang.
“Kalau aku pun takut tengok benda tu….”
“Mesti dorang mimpi buruk sepanjang hibernasi…”
“Dorang bukan takut serigala, dorang takut sebab serigala tu terapung…”
Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan di bawah.
Wanita Warga Emas Berusia 82 Tahun Menang Dalam Pergelutan Dengan Beruang
Sikap Tenang Wanita Berdepan Dengan Beruang Curi Perhatian, Siap Sempat Selfie
Video Budak Lelaki Diekori Beruang Besar Buat Ramai Kecut Perut