Sejak pasangan popular, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir beralih ke laman Youtube dengan memuat naik pelbagai video menarik membuatkan mereka berdua semakin menjadi perhatian warganet.
Mana tidaknya, tidak disangka-sangka mereka juga mempunyai laman Youtube sendiri dengan menggunakan nama akaun sebagai #EmirAmirah dimana sejak video pertama dikongsikan semakin meningkat subscribers.
Malah, setakat ini sudah mencapai 145,000 subscriber dilaman Youtube milik mereka itu dan ternyata ramai peminat Mira Filzah dapat melihat perkembangan dia dengan lebih banyak disamping terhibur dengan content Youtube mereka.
Selepas pada minggu lalu, suami Mira Filzah menyahut cabaran untuk membuat solekan diwajahnya seperti ala-ala Jennie kumpulan Blackpink dan kali ini pula, menerusi video yang dikongsikan terbaharu dapat dilihat mereka mempunyai tetamu jemputan istimewa.
Tetamu tersebut merupakan adik Mira Filzah bersama pasangannya yang disapa dengan panggilan Boco dan Aina lalu membuatkan video di Youtube meraih ribuan tontonan dalam masa yang sekejap.
Menerusi video pada kali ini, warganet terhibur melihat pasangan adik Mira Filzah dan pelakon popular itu sendiri bersama suaminya.
“Terhibur, so funny time Mira ask Emir. Btw sing playlist throughtout this Whisper Challenge is so good”
“Part Emir sumpah kelakar…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Mana dia??Tak baik…”- Sikap Elly Mazlein dipuji lepas di ‘prank’ Michael Ang
Foto raih perhatian, Ernie Zakri & Syamel kini jual kerepok lekor rangup?
Iman Troye cover lagu ‘Kau Lah Segalanya’ raih ribuan tontonan, “Omo sedap”