Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result

Penjual terkejut diberi rating 1 bintang, tapi layanannya pula jadi tumpuan

azwani by azwani
3 months ago
in Lawak, Umum
Reading Time: 2min read
0
f348
23
SHARES
103
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee dikatakan semakin mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik yang telah bermula sejak beberapa bulan lalu. Hal ini kerana ramai yang telah menggunakan aplikasi tersebut untuk membeli barangan keperluan dan dalam masa yang sama, ramai juga telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan masing-masing menerusi aplikasi terbabit.

Perkara ini termasuklah dengan seorang lelaki ini yang turut menjalankan perniagaannya melalui aplikasi tersebut. Walau bagaimanapun, lain pula berlaku apabila pemuda berkenaan telah diberikan rating dengan hanya sebanyak 1 bintang di laman akaun Shopee berkenaan.

Ada nak share sikit cerita hari ni.

Tadi tengah sibuk packing barang, tiba2 masuk notification & bila check tengok dapat rating 1 star dari customer pic.twitter.com/Dn9Kj1H5sY

— Pet PS (@PahlawanStore) November 20, 2020

Difahamkan, lelaki ini telah menjual beberapa gadget di aplikasi tersebut dan salah seorang daripada pelanggannya telah membeli alat pengecas untuk sebuah jam pintar. Namun begitu, pelanggan terbabit telah memaklumkan bahawa alat pengecas yang dibeli tidak berfungsi dan dia sempat merakamkan sebuah video sebagai bukti.

Then try tengok video dia test barang tu. Terus rasa lain macam je. pic.twitter.com/3VViQP8kTO

— Pet PS (@PahlawanStore) November 20, 2020

Jika diperhatikan dengan teliti, rupa-rupanya pelanggan tersebut telah tersalah menekan switch on pada plug terbabit dan kejadian itu disedari oleh penjual berkenaan. Sejurus kemudian, dia segera menelefon pelanggannya dan memaklumkan hal berkenaan. Akhirnya, pembeli tersebut menukar rating dan meminta maaf atas kealpaan dirinya.

Nak tahu apa aku cakap kat dia masa aku call dia? Aku beritahu dia yang dia dh salah on kan suiz belah mana dia cucuk charger tu. Hahahahhaha. Then terus dia tukar rating macam ni. Sekian kisah pendek hari jumaat ini. pic.twitter.com/wTCZLZIpa4

— Pet PS (@PahlawanStore) November 20, 2020

Oleh disebabkan itu, rata-rata warga netizen berasa teruja setelah melihat layanan yang diberikan oleh penjual berkenaan sambil terhibur dengan situasi terbabit.

Terhibur sat 😂 https://t.co/UGsVi8pwZk

— Baetyyy 🇲🇾 (@baitiemaliki) November 20, 2020

“Inilah cara awak buat perniagaan…”

This is how you do bussiness bukan act with attitude sebab it was just your bad day https://t.co/OYJK8Rq10S

— Ami Jo (@amiddlefinger) November 20, 2020

Aku sendiri terkejut 🤣 https://t.co/WSGk9BK4TD

— callmezifahduck (@iamyeppeunyeoja) November 20, 2020

“Seller terbaik…”

Seller terbaik. Aku baca pon tergelak sbb ada video bukti katanya barang rosak padahal silap suis 🤣 https://t.co/1HOVs4UX3B

— عمار (@ammarmh_) November 20, 2020

“Bila review jujur menjadi…”

Hahaha terhibur. When honest review gone wrong. 🤣😂 https://t.co/TbzKKjZvGT

— Aiischahh 🇲🇾 (@_aiischah) November 20, 2020

The best plot twist 🤣 https://t.co/7AH11lL4Nz

— 𝕾𝖔𝖋𝖎𝖆 𝖙𝖍𝖊 𝖑𝖆𝖘𝖙🇲🇾 (@sopheaina) November 20, 2020

waduh terhibur akuuuu🤣🤣 https://t.co/RqspyV5Jt9

— 원츄qis🐶🐥 (@yenanims) November 20, 2020

Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:

Bila cikgu jadi penjual ikan, siap tanya purata harga seekor ikan!

“Makanan level Oyen”, Video hidangan makanan kucing ini jadi tumpuan

Kucing ‘gebu’ gigih nak masuk pintu pagar, “Tercungap2 kwn tu…”

SumberTwitter

Trending

Disambut Suara Merdu Jiran main
WOW

Pemuda Asyik Menyanyi Sendiri, Disambut Suara Merdu Jiran, “Suara Not Bad”

4 days ago
ditarik ke bawah katil
WTF

Bapa kongsi rakaman menakutkan anak ditarik ke bawah katil, “Telefon terpadam…”

5 days ago
si comel nangis
Haiwan

Reaksi si comel nangis selepas ditinggal pemilik undang sebak netizen

4 days ago
Kucing Oyen
Haiwan

Kucing melahirkan semua Oyen tapi seekor lain, “Kamu siapa, kamu siapa…”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2020 HCL Network

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2020 HCL Network