Pasangan sama cantik, sama padan ini seringkali menjadi perhatian warganet dilaman sosial, ia juga kerana Wawa Zainal mahupun Aeril Zafrel sporting berkongsikan perkembangan mereka selain kerjaya menerusi laman sosial masing-masing terutamanya di Instagram.
Terbaharu, satu posting Wawa Zainal menerusi Instagram menjadi perhatian peminat-peminatnya apabila dia mencabar diri untuk belajar menari. Menerusi ruangan kaspyen, Wawa Zainal berkongsikan aktiviti menari yang dilakukannya itu bersama satu perkongsian video.
Nampaknya, Wawa Zainal bersama Aeril Zafrel perlu menari tarian Tango dimana tarian tersebut sangat terkenal dan menjadi antara pilihan ramai untuk dilakukan bersama pasangan mereka.
Biarpun begitu, seperti diketahui tarian Tango bukanlah mudah untuk dipelajari kerana ia memerlukan teknik yang betul namun video menari Tango Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini berjaya menarik perhatian pengguna Instagram dengan lebih 400,000 tontonan dalam masa sekejap sahaja disamping menerima pelbagai reaksi diruangan komen.
“Fuh ingat selama ni menari kacang je sekali kena tango… hambik!! Susah rupanya. Tapi bole la kan” tulisnya diruangan kapsyen.
“Macam dalam citer Selena Gomez yang Cinderella tu”
Sementara itu, kasut tumit tinggi yang dipakainya turut menarik perhatian ramai apabila pelakon dan usahawan jelita ini berhasil menari dengan pemakaian sebegitu lalu memujinya.
“Hebat”
“Dengan heels fuh”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
‘Mak Leha’ belanja video nyanyian Empat Dara, suara merdu dipuji warganet!
“Ala baby abg malu…”- Giliran Ernie Zakri prank tunang bikin ramai ‘cair’
“Sakit perut gelak…”- Gelagat ‘reject line’ Floor 88 & Dolla buat ramai terhibur