Alam semulajadi dengan pelbagai hidupan memang sukar dirungkai. Dalam kehidupan ini ada berbagai jenis haiwan yang masih belum dapat dirungkai dan ditemui. Salah satunya adalah rakaman seekor aligator gergasi yang ditemui di Florida sebelum ini. Saiznya sangat besar dan membuatkan warganet terkejut menyaksikannya.

Baru-baru ini satu lagi video yang memaparkan penemuan aligator gergasi. Kali ini video tersebut dirakam dengan penampakan haiwan itu di dalam tasik. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, kelihatan aligator bersaiz 13 kaki panjang itu timbul di tasik Leesburg, Florida.
Dalam rakaman yang dikongsikan itu, seekor aligator gergasi timbul dan membaham itik yang sedang berada di tasik berkenaan.Video itu dirakam oleh dua pemburu itik bernama Cass Couey dan Kevin Stripe pada 26 November lalu.
Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai tersebut:
😲🐊 What looks like something straight out of Jurassic Park is actually a 13 foot alligator stealing ducks from these hunters near Leesburg, Florida.
📹: Cass Couey pic.twitter.com/i1miWYOd3L
— Brandon Orr (@BrandonOrrWPLG) November 29, 2020
Menurut sumber, Couey memberitahu orang ramai memberikan reaksi mengenai video tersebut yang mana ia adalah paparan alam semulajadi yang sebenar. Bak kata Matt Devitt dari WINK TV, aligator adalah ‘monster’ yang keluar terus dari Jurassic Park.
Berikut adalah reaksi warganet selepas menyaksikan video penemuan aligator gergasi ini yang ditinggalkan di ruangan komen seperti berikut:
“Ini adalah dinasour!”
That is a damn dinosaur
— Keyana💎 (@DiaryOfKeyana) November 29, 2020
“OMG! Ini sangat besar!”
OMG!! No F’N way!! That’s huge!!
— Diane Durant (@Diane_LngBchNY) November 29, 2020
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Gadis Temui Bilik Rahsia Di Rumahnya Selepas 3 Tahun Tinggal Di Situ
Bekas Pemain Badminton Negara Tunjuk Bakat Menyanyi Di Pentas Lagu Cinta Kita 2
Blackpink Cuba Buat Tarian Popular Di TikTok ‘Ampun Bang Jago’