Personaliti kucing yang aneh dan mencuit hati telah mendapat banyak perhatian ramai sejak akhir-akhir ini kerana aksi-aksi mereka yang tersebar di Internet, terutamanya di laman YouTube dan Twitter. Video-video itu menjadi tular kerana kita tertarik akan gelagat kucing seperti pengsan akibat bau durian, kucing melindungi kanak-kanak daripada serangan anjing, atau aksi kucing mengoyakkan tisu tandas.
Walau bagaimanapun, lihat pula dengan gelagat kucing pada kali ini dimana ia kelihatan seperti tidak mahu berpisah bersama tuan. Menerusi video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @9GAG, kucing tompok itu sedang dilihat bermanja dengan seorang gadis di atas badannya. Haiwan itu juga menggerakkan ekornya sebagai tanda dia sedang gembira kerana dilayan seperti bayi.
[🔊] I wish my cat loved me this much
📹 FatDuduAhFat | FB pic.twitter.com/CeTe86jnpw
— 9GAG (@9GAG) December 2, 2020
Akan tetapi, lain pula yang jadi apabila kucing itu tidak mahu berganjak daripada badan gadis tersebut meskipun telah cuba diubah dan diangkat setelah beberapa kali cubaan. Lebih melucukan, haiwan terbabit turut mengeluarkan bunyi marahnya gara-gara tidak mahu dialih. Keadaan itu telah membuatkan ramai warga netizen berasa geli hati dengan keletah kucing yang manja bersama tuan di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut memuji kecomelannya.
Meskipun hanya berdurasi selama 1.14 minit, namun ternyata ia telah menerima perhatian yang ramai dengan mendapat tontonan sebanyak 160 ribu menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
I love a clingy cat 🥺🥺 https://t.co/pUq6JBxPxe
— mina only (@aiiminax_) December 2, 2020
“Seorang pemilik kucing bertuah…”
This is one lucky cat owner. People usually have to chase their cat for attention and affection. https://t.co/D5NsTepNRK
— Aryawal (@AryanAg41474886) December 2, 2020
“Nak makan macm ni…”
Nak makan macam ni laa. Dah makan lup daratan. https://t.co/0IYejxkPkt
— red (@theember7) December 2, 2020
Oo pegang sikit tak boleh https://t.co/8zBkMpVZmp
— noah (@nagatakrilek) December 2, 2020
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Tular gelagat kucing layan perangai tuannya, “Aku penat la gelak…“
Pengakap beri roti pada rusa tapi lain pula yang datang, “Automatik jadi…”
Bella Khan cuba life hack terbaru gunakan sabun, “Aku terus try tapi…”