Setiap kali menerima barang yang dipesan secara online pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk membuka bungkusan dan melihat barang apa yang diterima.
Namun ketika menunggu barang yang kita pesan untuk dihantarkan oleh pekerja kurier, kita juga perlu bersedia untuk memberikan nombor kad pengenalan atau nombor telefon agar mereka boleh mengesahkan bahawa kita telah menerima bungkusan tersebut.

Bagi sesetengah orang, proses itu agak melecehkan kerana kadang kala kita hanya mengambilkan barang untuk orang lain dan tidak tahu nombor kad pengenalan mereka, atau kita sendiri tidak ingat nombor telefon kita.
Jadi sesetengah pekerja kurier akan mengambil gambar penerima memegang bungkusan yang mereka telah terima menggunakan kamera telefon untuk lebih cepat.
Ini baru content berkualiti ππ»ππ»ππ»
Terkejut jugak dengan end result dia. π³ pic.twitter.com/rDhULdw2V9
— f ποΈβ€ ck (@facktura) December 4, 2020
Sebuah video yang tular ini pula menggambarkan bagaimana jika jurugambar yang bekerja menjadi pekerja kurier.
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula di Twitter, pekerja kurier sampai ke rumah penerima dan menyerahkan bungkusan sebelum meminta untuk mengambil gambar.
Pekerja kurier itu kemudian mengeluarkan kamera DSLR dari begnya bersama alatan-alatan fotografi profesional, serta seorang pembantu untuk mengambil gambar penerima bungkusan tersebut.
Hasil gambar yang diambilnya kelihatan seperti photoshoot untuk majalah, membuat ramai kagum dan terhibur.
“puas nk ambik barang …”
Hahahahaha puas nk ambik barang gini π€£ https://t.co/1WuHhApq5P
— ridzuan π²πΎ (@angahridzuan) December 4, 2020
“baru aku yakin nk amik barang…”
Hahaahahah ni baru aku yakin nk amik barang https://t.co/5tMJrC4s9B
— Ainin (@Sofiyafei) December 4, 2020
“aku suruh amek banyak kali …”
kalau abang yang pos barang amek gambar macam tu sumpah aku suruh amek banyak kali HAHAHAHAH https://t.co/OI83Ryq8ze
— π²πΊπ²π· (@puterisyikkin) December 4, 2020
“Balik modal ke tak…”
Ni balik modal ke tak ni gajinya https://t.co/f5Fcol5QMI
— Jie (@reaaiz8) December 4, 2020
Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah.
Youtuber Rakam Diri Termenung Di Hadapan Kamera Selama 2 Jam Raih 2.8 Juta Tontonan
Jurugambar Terlalu Minat Dengan Fotografi Hingga Rumah Pun Bentuk Kamera!
Pelajar Dipuji ‘Temani’ Guru, Ini Pentingnya Buka Kamera Ketika Kelas Online