Hari ini tarian tradisional atau klasik jarang sekali dapat dilihat anak-anak muda mengamalkannya. Sesungguhnya adat dan budaya Melayu turun-temurun sungguh indah gerak tarinya. Apatah lagi apabila lagu yang digunakan dari versi rancak dan menghiburkan.
Gerakan ‘bunga-bungaan’ dari para penari cukup menarik untuk ditonton dan diturunkan kepada anak-anak muda kini supaya akan datang lebih ramai yang tahu tarian tradisi. Boleh dikatakan ia antara budaya yang cukup berharga untuk dipelihara.

Bagaimanapun baru-baru ini hasil usaha seorang cikgu mengajar anak muridnya menari telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana video cikgu menari ‘ayam didik’ bersama anak murid telah tular di sosial media. Video tarian tersebut dikongsikan sendiri oleh cikgu tersebut menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.
Berikut adalah video cikgu menari ‘ayam didik’ bersama anak murid yang telah mencuri perhatian ramai itu:
JOM AYAM DIDIK WITH MY KESAYANGAN STUDENTS🥰😘 pic.twitter.com/DVdhguXEbB
— Farees Asri (@FareesAsrii) December 3, 2020
Perkongsian video menarik itu telah meraih lebih 321 ribu tontonan, 5,200 retweets serta 18 ribu likes. Rata-rata warganet memuji usaha guru ini dan meninggalkan kata pujian mereka itu di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:
“Harmoni, lemah lembut beralun tahniah sangat mempersonakan”
“Wah!! ni best. Kalau ada tarian durasi panjang sikit dan tak berapa complicated boleh dibuat rujukan pelajar luar negara mempertontonkan tarian rakyat Malaysia”
“Dulu penari sekolah, Seriously best…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Blackpink Cuba Buat Tarian Popular Di TikTok ‘Ampun Bang Jago’
Trailer Terbaru Minions Terselit Perkataan Bahasa Melayu Curi Perhatian Ramai
Muzik Video ‘Tolonglah’ Nyanyian Cik B, “Menangis Bila Cuba Nak Faham..”