Tidak dapat dinafikan penjualan topeng sangat laris tahun ini akibat daripada wabak Covid, namun sebuah kedai topeng di Jepun ini menjual topeng muka yang agak berbeza dan tentu sekali tidak dapat melindungi pengguna dari virus. Tetapi ia boleh melindungi anda dari dikenali kerana topeng yang dijual adalah topeng wajah-wajah manusia.
Bagi yang pernah menonton siri Game of Thrones pasti akan teringatkan Arya Stark apabila melihat topeng-topeng wajah yang dijual di kedai Kamenya Omote yang terletak di Tokyo ini.
Kedai berkenaan membayar sebanyak 40,000 yen (RM 1,558.15) kepada individu untuk mendapatkan kebenaran menggunakan wajah mereka untuk dijadikan topeng cetakan 3D.
Wajah individu akan diimbas dan dicetak menjadi topeng realistik dalam bentuk 3D. Setiap topeng pula dijual pada harga 98,000 yen (RM 3,817.03).
Pemilik kedai Kamenya Omote, Shuhei Okawara mengaku ramai pelanggannya yang pelik dengan topeng yang dijualnya itu, namun dia merasakan topeng itu mempunyai banyak fungsi menyeronokan bagi mereka yang kreatif.
Walaupun idea tersebut agak membimbangkan, Okawara berkata lebih dari 100 orang telah menawarkan untuk menjual wajah mereka untuk dijadikan topeng. Perniagaan itu juga dalam cadangan untuk dibesarkan hingga ke luar Tokyo.
“Merompak tempat yang ada kamera lebih mudah dengan ni…”
“Tiada lagi fungsi pengecaman wajah…”
“Boleh unlock telefon orang…”
“Kedai ni milik Arya Stark…”
“Orang dengan kecacatan wajah boleh hidup dengan normal…”
Teruskan membaca kisah-kisah menarik di bawah ini.
‘Perompak Bertopeng’ Pecah Masuk Ke Dalam Bank, “At Least Dia Pakai Mask”
Rakaman Budak Perempuan Ini Pakai Topeng Michael Myers Bikin Geli Hati
Lelaki Jepun Hasilkan Topeng Hidung Dan Mulut Berinspirasikan Gundam