Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin, seorang pendatang baru dalam industri hiburan. Lagunya berjudul Teman antara yang mendapat sambutan hangat kini. Manakan tidak, melodinya cukup rancak dan menenangkan.
Baru sahaja berusia 18 tahun, boleh dikatakan bakat Iman Troye ini sesuatu yang cukup diminati ramai. Sekelip mata sahaja popularitinya meningkat naik dan namanya semakin dikenali ramai. Bermula dengan membuat video cover lagu orang lain, bakat anak muda ini mula mendapat perhatian.
Terbaharu Iman Troye belanja video cover dan memuat naik menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen seperti berikut:
“Donβt put your head on my shoulder π€§ dah lama tak buat cover! so nah my random cover! me wuv you!”
Berikut adalah video cover yang dikongsikan olehnya itu:
Wow biar nampak bersahaja, sedap dan merdu betul suara nyanyian Iman Troye dalam video ini! Perkongsian Iman Troye belanja video cover ini telah meraih lebih 51 ribu tontonan dan 21 ribu likes. Malah di ruangan komen, warganet turut bersetuju suara nyanyiannya ini cukup merdu dan meninggalkan kata pujian mereka tersebut seperti berikut:
“Dah cantik suara sedap lak tu”
“Aaaa sedap do”
“Saya dah ulang 10 kali dah”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Episod Akhir Cinta Sekali Lagi, Penonton Tak Puas Hati Kesudahan Amani
“Nasib Khabib Chill…” – Gelagat Nakal Chef Prank Atlet MMA Terkenal