Kebanyakan ibu bapa tidak akan berbuat apa-apa jika perangai anak mereka menganggu ketenteraman orang lain, namun sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat ini bertindak mengirimkan surat kepada jiran tetangga mereka untuk meminta maaf atas bunyi bising tangisan bayi mereka pada waktu malam.
Ibu bapa tersebut, Matthew and Kelee Ward menulis kepada jiran mereka bahawa setelah bermalam-malam tidak dapat tidur dengan lena kerana bayi 4 bulan mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur, mereka telah memutuskan untuk mencuba “kaedah menangis”, di mana mereka membiarkan bayi mereka melegakan diri sendiri dan tertidur.
neighbors left this on the door.. im gonna bake them some cookies 😠pic.twitter.com/SQ0BiF6yTW
— Make America Purrr Again (@KittyBeeJr) December 14, 2020
Pasangan itu juga mengatakan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan hubungan mereka dengan jiran lain tidak terjejas kerana tangisan bayi mereka yang mungkin membuat sesetengah orang panas telinga.
Malah mereka juga mengajak jiran-jiran untuk datang ke rumah mereka untuk mengambil susu, gula, telur atau tequila sebagai tawaran untuk berdamai.
Tersentuh dengan kesungguhan pasangan itu untuk menjaga hati orang lain, salah seorang jirannya memuat naik gambar surat yang diterimanya dari pasangan berkenaan dan berkata dia akan membuatkan biskut untuk pasangan itu.
i didn’t expect this to blow up thanks for all the love guys 🥲🖤
(i made chocolate chip, peppermint shortbread, and brownie cookies hope they enjoy 😊) pic.twitter.com/Up3wfnTLPE
— Make America Purrr Again (@KittyBeeJr) December 15, 2020
Rata-rata netizen juga memberikan pelbagai komen positif mengenai perkongsian itu.
“Satu kampung diperlukan untuk besarkan budak…”
It takes a village to raise children! https://t.co/erx17sAMX3
— Clayton Moore (@Clayton12569282) December 18, 2020
“Perlu ada jiran macam ni…”
Everybody should have neighbors as good and thoughtful as everyone involved here… ☺ https://t.co/ScTBzEZlR6
— Uncle Dreamy (@UncleDreamy) December 16, 2020
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah.
Bayi bercakap ikut kata-kata ibu, “Budak sekarang lebih advance…”
Aksi doktor cuba alih perhatian bayi untuk beri suntikan buat ramai cair
Bayi baru lahir diberi kata-kata motivasi, “Baru lahir terus orientasi…”