Siapa menyangka, CEO muda yang dikenali sebagai Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen iaitu anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida mempunyai bakat melawak apabila lebih mengejutkan peminatnya dia menyertai rancangan lawak, Muzikal Lawak Superstar 2.
Walau bagaimanapun, minggu pertama yang berlangsung pada 18 Disember lalu membuatkan nama Cik B menjadi buah mulut orang ramai kerana kemunculannya dalam kumpulan A.B.C berhasil membuatkan penonton dan warganet terhibur.
Untuk info, Muzikal Lawak Superstar 2 ini dapat ditonton pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di Astro Warna dimana pada musim kedua ini memaparkan 14 kumpulan bertanding.
Nampaknya selepas minggu pertama namanya menjadi sebutan dilaman sosial, pada minggu kedua juga tak kurang lucunya apabila Cik B sekali lagi berhasil membuatkan penonton dan peminat terhibur apabila persembahannya juga antara yang dinanti-nantikan.
Namun begitu, persembahan Cik B bersama kumpulan A.B.C mendapat respon baik peminat apabila perkongsian di Instagram Astro Gempak, Cik B mendapat ratusan komen positif warganet yang dikatakan gelagatnya membuatkan mereka ketawa.
Melalui posting, foto Cik B ketika membuat persembahan di Muzikal Lawak Superstar 2 pada malam tersebut turut mendapat ribuan tanda suka.
“Bukan senang nak bagi orang gelak, terbaik. Cik B dan geng…”
“Kite ketawa sampai keluo air mata…”
“Lawak sangat…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jep Sepahtu jawab soalan2 netizen, selamba pula ‘skip’ soalan ini curi tumpuan warganet
Kucing ini tak pasal2 viral lepas video menari ‘Bang Jago’ cuit hati warganet
Gelagat Fizo Omar kepada Uqasha Senrose bikin Kamal Adli terhibur