Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan sama cantik, sama padan ini iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang mana disamping bergelar pelakon, mereka berdua juga sudah lama aktif sebagai usahawan kosmetik.
Malah, orang ramai kagum dan menjadikan kedua-dua selebriti ini sebagai inspirasi apabila mereka telah berjaya dalam bidang diceburi itu.
Lebih mengembirakan dan warganet juga mendoakan kedua-dua pelakon ini apabila Aeril Zafrel berkongsikan pula perasaan syukurnya baru-baru ini kerana dapat belanja pekerja-pekerjanya dengan memberikan beg idaman berjenama mewah.
Perkara itu menyebabkan pekerja mereka bahagia dengan pemberian pasangan ini dan pelakon ini turut memuat naik sekeping foto kepada umum melalui laman sosial peribadinya.
“Alhamdulillah belanja dorang beg idaman… dengan WAWA mimpi untuk memiliki handbag 5 angka menjadi kenyataan. Happy tak terkata mereka… hasil usaha bersama jugak la @wawacosmeticshq sampai ketahap ini.
“Tq korang. Kita perform gila-gila pulak 2021, ada yang nak join menjadi keluarga besar @wawacosmeticshq?”
Menerusi ruangan komen di posting, seorang individu yang dipercayai pekerjanya juga mengucapkan terima kasih buat pasangan usahawan itu selain rata-rata warganet turut memuji kejayaan mereka.
“Tq boss. Gigil juga dapat bag 10.8k kat tangan, 2021 tahun kita lagi”
“Hebatnya”
“Terbaiklah president Tiktok”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Warganet beri pujian pada Cik B, tak sangka lawak minggu kedua ‘letop’ lagi
Ingin suami rehatkan badan, Syafiqah Aina beri kejutan PS5 raih perhatian ramai
Iman Troye 18 tahun disambut ‘meriah’, terima hingga 2 ribu reaksi!