Hujung tahun ini, pastinya ramai yang ingin pergi bercuti atau keluar bersiar-siar bersama keluarga untuk merakam memori terakhir buat tahun 2020 sebelum masuk tahun baru beberapa hari lagi.
Memandang penerbangan ke luar negara masih dikawal ketat berikutan PKP, ramai yang memutuskan untuk bercuti dalam negara sahaja, memandangkan Malaysia juga mempunyai banyak lokasi-lokasi tarikan pelancong yang cantik dan menarik.
Malah baru-baru ini tular gambar keadaan di Pulau Langkawi sesak dipenuhi pengunjung yang datang untuk bercuti setelah sepanjang tahun duduk terperap di rumah akibat pandemik Covid yang melanda.
Rakyat already managed to follow SOP and flatten the curve. In July, we already went for work, for holidays, Langkawi is fully booked macam ni jugak tapi did we raise any numbers? NOOOOO. Don't blame us for something you guys did. https://t.co/wjFFcnu8Xn
— Nina Alyssa (@hsninafkhira) December 28, 2020
Selain itu beberapa lokasi tarikan pelancong lain juga menarik perhatian netizen yang tercari-tercari tempat menarik yang boleh mereka kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebuah perkongsian oleh akaun Twitter ini contohnya berkongsikan port OOTD yang tidak diketahui orang ramai yang didakwa terletak di Sungai Petani, Kedah.
Berikutan perkongsian itu, ramai yang mula menyerbu kawasan sawah padi tersebut yang dikatakan berlokasi di belakang Taman Padimas, Sungai Layaq untuk bergambar dengan skulptur haiwan-haiwan gergasi diperbuat dari jerami.
Walau bagaimanapun, beberapa penduduk Taman Padimas berkongsikan di Twitter bagaimana ramai yang datang ke taman mereka untuk melawat tempat tersebut, namun ternyata mereka telah diperdayakan.
“Kesian weh…”
Usah rumitkan keadaan dgn sebar berita palsu. Minggu ni saja 12 biji qeta mai masuk taman aku tanya kat mana benda bodoh ni. Kesian weh 4 dari depa tu dari KL https://t.co/xlPydXrRr9
— Ahmad Iqbal (@IqballYusoff) December 28, 2020
“dah laaa depa mai jauh…”
Aku start rasa benda ni tak lawak bila sehari ada lebih dari 5 kereta + motor (muka excited bawak family, anak2 kecil, cucu) masuk taman aku (taman padimas, sungai layaq) dan tanya aku dan kawan2 untuk cari benda ni.. dah laaa depa mai jauh..😔😪 https://t.co/th1isWT1PC
— aimanfahmi_ (@aimanfahmi__) December 28, 2020
Kawasan sawah padi tersebut sebenarnya adalah sebuah taman hiburan yang terletak di Huay Tueng Thao Lake, Thailand.
Jom jenguk artikel-artikel menarik di bawah ini pula.
Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak Jadi Port OOTD Pengunjung
Nama panggilan Mira Filzah untuk suami buat ramai cair, “Ingat panggil kucing…”
Lelaki Ini Terangkan Apa Maksudnya Bila Kita Kata Tiada Baju Untuk Dipakai