Seperti sedia umum, kebanyakkan kawasan di Malaysia pada ketika ini telah dinaiki air sehingga berlakunya banjir besar. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki paras berbahaya.
Tidak kurang juga di laman media sosial yang turut tular dengan pelbagai video banjir di kawasan tersebut dimana ia memaparkan tentang pengguna jalan raya yang terkandas, kejadian pokok tumbang, tanah runtuh dan kerosakan jalan juga yang telah berlaku.

Banjir? Masak maggi dulu! Why botherrrr? pic.twitter.com/8Icxu9kt6V
— Haziq (@hvziqyusoff) January 3, 2021
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular seorang pemandu lori yang terkandas di sebuah jalan raya dimana dia sempat memasak maggi dalam kenderaan tersebut. Lebih menghiburkan apabila dia juga telah menjemput pegawai bomba untuk menikmati maggi tersebut bersamanya.
Terkini dia telah memuat naik sebuah lagi video di laman media sosialnya dimana maggi yang dimasak itu rupa-rupanya telah dimakan bersama nasi. Setelah melihat keadaan itu, ramai pengguna Twitter yang terhibur dengan kaedah lelaki terbabit di samping ada yang turut terliur setelah melihat masakan pemandu lori itu.
Dia dah update pic.twitter.com/RQLCexrLO0
— Apip 🇲🇾 (@afiffuad_) January 3, 2021
Rakaman yang berdurasi selama 27 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 65.3 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
Siap ada nasi la siak https://t.co/kew3Bnqefi
— iblizzzlaknat (@_mrnzm) January 4, 2021
“Gila betul ending…”
gila betul ending dia.
SEMPAT PULAK DIA MASAK PERIUK LAGI SATU https://t.co/OPt7v94qLj
— lukey (@LukmanHakim_lah) January 5, 2021
“Kenapa nampak…”
KENAPA NAMPAK SEDAP? https://t.co/Vn2WuIzQS3
— Saikopas (@ZackAvaricious) January 5, 2021
Ingatkan maggi ja… https://t.co/H8KSrihkDs
— M.Shahmeer (@ShhmrM) January 5, 2021
“Weh maggi tuh…”
Wehhh maggi tuh dia buat lauk ke hahaha https://t.co/NQMqYU2H2X
— アミナ (@aminahthani) January 5, 2021
Dia buat macam nasi uduk dalam lori tu. https://t.co/M0zR6ibppw
— Supertramp (@fathulaizatt) January 5, 2021
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Khairul Aming perkenalkan produk terbarunya di Twitter, “Power”
Tindakan lelaki letak makanan kucing dalam congkak tular, “Sambil…”
Lelaki beri pesanan tentang ‘hantu’ yang dibuat-buat, “Betul juga kata…”